Monday, October 13, 2014

Food you can eat in Korea

Aku share kedai mana yang boleh makan dekat Korea. Since we always cook in our guesthouse so tak banyak sangatlah yang boleh aku share. I'll divide into two which is Seoul and Nami Island.

>>>>> SEOUL

Taip nama je dah rindu. Macam mana? Okay over diam kau mira. Street food yang boleh makan korang boleh check dekat entry : kenapa kena melawat korea part 1. Tu adalah street food yang aku selalu makan lah. Lagi satu yang selalu aku makan adalah odeng atau pun fish cake. I dont know the correct spelling. Benda nie dengan hotteok memang bersepah dekat sana. Kau jalan je mesti jumpa. Lagi sedap hirup sup dia panas panas tu sekali . Antara ktorang, mimi yang paling gila benda nie. I dont know how many stick dia makan tapi sumpah lebih 10. Lepas tu gigih hirup sup dia. Aku makan sekali dua kali je benda nie sebab aku rasa hotteok lagi sedap. Hahaha



Odeng - 1,000won

Source : google



Sinchon : Gosame




Okay restauran nie memang famous pun di kalangan pelancong malaysia sampai pelakon malaysia pun datang sini. Since aku bukan peminat drama drama melayu sebab tak sempat nak tengok tv petang petang, korang boleh check production mana yang datang sini.



Okay sangat sangat sangat recommended restoran nie sebab super duperlicous weh. Paling win antara semua food dia adalah sotong. May be ramai malays yang datang sini so one of worker taw squid in malay is sotong. 



Sedapnya! Tak beragak weh order sotong sampai dua sebab sotong dia memang win. Korang cakap je nak sotong, nanti Insya Allah dia paham. Nak describe rasa dia macam mana memang unexplain lah sebab tu first time aku rasa sotong masak gitu. Aku makan dua kali dekat gosame nie, first on our 4th day and before fly balik malaysia lunch dengan our korean friend - Jay. In case korang sesat nak pergi sini, then tanya korean dekat sana, belum tentu dorang tahu restoran nie. I dont know why but it happen to us. Senang je nak cari restoran nie.



Just follow map above and you will find gosame restaurant.





Chungmu Kimbap




Restaurant nie tahu dari kak ekin. Kak ekin nie mimi punya kawan. Dia datang untuk attend konsert super junior after leetuk come back from army. Banyak kali dah kak ekin nie datang Korea sampai orang kata balik kampung je rasanya. So dia expert jugak food dekat Korea nie. One of restaurant yang dia kenalkan dekat ktorang adalah restaurant Chungmu Kimbab. Located at Myeongdong and ada few branch dekat Myeongdong tu. Kami pergi dekat dengan Forever 21 di Myeongdong. Korang straight je lepas jumpa Forever 21, make sure Forever 21 on your left because restaurant nie pun on your left jugak. Passing Forever 21 akan jumpa kedai ice-cream then Chumgbu Kimbab only few shop after kedai ice-cream tu. 

Chungmu kimbab nie sotong pedas makan dengan nasi roll and lobak putih. Nice! Seriously you should try. Tertiba aku rasa macam banyak makan sotong dekat Korea nie. Hahaha 





Kimbap / gimbap


Source : Google


Aku takde pulak gambar kimbap nie sebab setiap kali beli terus excited nak makan. Ini macam sushi tapi korea version. Ada variety of filling dalam tu tapi kami makan yang merah tu. Aku rasa macam telur ikan sebab penah nampak dekat tv tapi tak sure then bila tanya ahjumaa yang jual, benda tu part of fish so kira boleh makan lah as long as not meat or chicken or pork. Memang banyak pilihan pun kimbap nie bila di jual tapi isi yang lain kebanyakkan nya ada daging or chicken. Tapi serius sedap plus pedas kalau makan dengan kicap lagi win. Macam aleya. Hahaha kami beli dekat dondaemun 5,000won ada 10 kimbap


>>>>> NAMI ISLAND




Before shake






Tadaa! :D

Nasi goncang nie kami makan di Nami Island. Kedai dia ada dekat belakang near tu surau. Don't worry kedai nie di jamin halal sebab ada certificated. Nak goncang kena pakai sarung tangan sebab memang panas gila. Gambar atas nie Aleya punya nasi goncang dia ambik version cheese. 


Pau


Pau nie inti read bean / kacang merah. 1 pau = 1,000 won.

Friday, October 10, 2014

PART 2 : Kenapa perlu melawat Korea?

4) Public transport on time



Yang ini memang aku puji lah sebab susah nak jumpa public transport on time dekat Malaysia nie. Harap our Public Transport di improve lah. Aku bukan cakap mengenai train sahaja dalam hal public transport on time nie tapi bus jugak on time. Aku penah naik bus sekali masa nak ke rumah kawan aku dekat Korea. Ktorang ada dinner di rumah Dr. Huda dan naik bus untuk pergi rumah dia. Dr. Huda kata driver bus dekat Korea nie jenis tak peduli sangat orang dalam bus tu terjatuh ke atau tersungkur ke dalam bus sebab dorang memang bawak bus laju. Macam dekat Malaysia, RapidKL kan ada sesetengah driver berhemah lah jugak.

Subway (Jihachul / Yak) dekat Korea nie ada banyak gerabak dan dekat hujung gerabak subway nie ada gerabak untuk basikal. Cool right? Since orang Korea rajin exercise, so ada inisetif yang management subway nie untuk bina satu gerabak khas untuk bicycle. Siap ada tempat parking bicycle taw dalam gerabak. Then the best thing jugak, before train sampai, akan keluar satu lagu yang aku pun tak tahu nak describe tapi bila kau dengar kau rasa excited train nak sampai. :D Aku nak rakam bunyi train sampai tapi sampai ke sudah tak record tapi bunyik tu selalu ada dalam kepala aku. wee~



5) Cosmetic and korean product is cheaper



Myeongdong

Aku jenis yang tak retilah nak pakai korean product so aku taklah gila nak beli macam mimi. eh sorry mimi. :D Banyak dan murah dan promotion bersepah kalau dekat sana. Nature Republic tu takyah cerita lah, bersepah kedai dia. Tony Molly ada, skin food ada, mask pun variety dari yang takde jenama ke yang dah branding. Those yang jenis pakai korean product especially cosmetics, bolehlah order dekat mereka yang akan ke Korea sebab aku gerentilah kau nak beli facial wash je tapi kau akan dapat mask dan segala bagai free gift.

Dekat sana kasut cantik weh! Mana yang jual online kasut ke, bag ke atau apa - apa yang dari Korea, boleh beli dekat Korea lagi cantik dan banyak pilihan. Aku tak beli kasut pun walaupun aku nak sangat kasut dekat sana sebab memikirkan luggage yang akan berat so at the end memang tak beli pun kasut dorang yang cute dan cantik tu.Korean product nie boleh beli dekat Myeongdong, Namdaemun, Dondaemun, Insadong, etc.



6) Older sangat peramah dan cute!



Kenapa aku masukkan element cute dekat tajuk sebab mata dorang kat sepet so bila senyum dah tak nampak mata so nampak cute lah. :D Even though they can't speak english tapi they try the best to speak with us. Sebab tu aku cakap lagi better kalau kau pergi Korea dan kau tahu cakap Hangul sebab kau boleh borak - borak dengan dorang. Bila older tahu kau tahu cakap Hangul, lagi dorang appreciate korang di mana kes ktorang, ada ahjumma nie siap potongkan buah yang dia bawak dalam bag untuk ktorang even aku pun taktaw buah apa. Then ada ahjussi nie dekat Seoul Station siap bagi air mineral, pau, gula - gula yang dalam poket dia dekat kami. Sweet sangat. Bila tolak apa yang dorang bagi, beria - ia dorang suruh amik so kami except dengan rasa terbukalah. So happy! That is one of best memory in Korea. I miss ahjumma and ahjussi in Korea. :')



7) Signboard in English



Ini korang tak perlu risau lah nak pergi mana - mana attraction sebab signboard in english sentiasa ada. Walaupun susah sangat nak sebut bila dalam english sampai tergelit lidah nak sebut tapi atleast kau tahu lah tempat mana nak pergi. So tak perlu risau okay mereka yang nak ke Korea.




Saturday, October 4, 2014

PART 1 : Kenapa perlu melawat Korea?

1) CD kpop murah wehhh

Hahaha nie actually point untuk mereka yang minat kpop. Compared dengan Malaysia punya price dalam RM1++ (nie pun kawan aku bagi taw) atau pun lebih dari harga yang aku bagi dekat Korea murah wehh. ada CD yang dapat dalam around 11,000 won/RM34 then ada yang 30,000won/RM92. The best thing jugak di mana dekat Malaysia tak keluar lagi CD, dekat sana dah jual dah. So may be that why yang mahal sikit macam 30,000won tapi still murahlah. Beli CD sini dapat banyak free gift macam poster. 

Masa ktorang pergi, ktorang beli CD dekat Myeongdong. Dekat dengan subway Myeongdong. Kenapa beli dekat situ? Sebab setiap CD yang di jual di situ di ambil kira serta di nilai dan akhirnya group Kpop yang korang minat tu bolehla menang DCA award lah, Daesang award, atau macam macam award yang berkaitan album. Alaaa Kpop fans mesti familiar dengan award nie semua. So nak pastikan pembelian CD korang tak sia sia dan nak bagi group Kpop menang award, silalah beli di situ. :D

2) Variety of Palace

Dekat Korea nie banyak Palace samada masih guna lagi atau tidak. My suggestion, ktorang pilih untuk pergi Changdeokgung Palace sebab ada secret garden di mana secret garden tu kerabat di raja Korea still guna lagi. So tak boleh nak merayau gerak sendiri pun dekat sini sebab kita kena follow tourist guide yang di sediakan oleh pihak palace. Owh secret garden ini berbukit actually so better pakai comfort shoes lah. Harga tiket masuk palace + secret garden adalah 8,000won/RM25. Kalau nak masuk palace tanpa masuk secret garden 5,000won/RM16. 






Nak masuk secret garden ada selected time, kami masuk pukul 11.00 pagi. 




Changdeokgung Palace.




Gyeongbokgung Palace. Ini lah palace yang ada Royal Guard Changing tapi ktorg tak pergi pun. Pergi depan pintu je. :D

3) Street food daebak !

One of the reason aku pergi Korea sebab nak rasa street food mereka. Sebab selalu sangat tengok dalam tv, dalam drama, dalam running man so why not try sendiri kan. Bila sebut food je, mesti akan ada yang ragui halal ke? Selalu ktorang dapat soalan macam tu sepanjang dekat Korea tapi berbalik kepada diri sendiri, kalau ragu - ragu jangan makan. Ok? Kalau kau sibuk pikir alamak dia basuh senduk pakai sabun apa eh? sabun dia takde babi ke? minyak dia goreng tu takde babi ke? atau apa pun soalan nya, susah weh kalau asyik argue je apa orang buat. Sampai bila - bila kau tak boleh travel kalau asyik pikir benda remeh gitu.

Before fly, check dulu dekat page halal korea mana satu makanan yang boleh makan. tanya ahjumma atau ahjussi yang jual street food dorang pakai minyak apa? kalau pakai minyak sunflower kira boleh makanlah. Ok taknak tanya minyak, kau tengok sendiri street food yang dia jual tu, dia ada jual babi atau daging atau ayam sekali tak? kalau takde, then kau boleh makanlah sebab minyak yang di pakai untuk goreng tu takde campuran ayam atau babi atau daging.



Nie wajib makan bila pergi Korea weh! Memang banyak pun tepi jalan. Nama dia HOTTEOK. Bila gigit kan rasa gula merah dengan kacang. Sedap weh! Harga tengok tempat ada yang 1,000won ada yang 800won tapi hotteok paling win aku rasa dekat Hapjeong. 



Nie lah Hotteok Hapjeong tu. Ahh rindunyaaa nak makan! harga 800won je weh sebab tu aku kata dia win. hahaha 

Dahla besar then bila gigit gula meleleh-leleh gila. Sedap ah! :D Nak pergi sini korang berhenti dekat stesen Hapjeong then ambik exit 9/10 then korang akan masuk dalam mall. Dalam mall nampak tangga tinggi belah kiri, naik tangga then bila dah keluar nampak main road. Pandang kanan ada SK Gas belah, pass by SK Gas then akan nampak kedai Hotteok nie belah kanan. Those yang nak pergi ke YG Building mesti jumpalah kedai  nie sebab ktorang beli pun masa nak ke YG Building. :D

Ada lagi satu hotteok yang sedap, nama dia vegetable hotteok tapi aku tak ada pun gambar vegetable hotteok sebab setiap kali beli terus makan sebab sedap gila. hahaha vegetable hotteok nie ktorang jumpa dekat Dondaemun harga 1,000won. Aku nak cerita macam mana nak pergi sana pun aku takut korang confused. 

Nak pergi ke sana, kena pergi ke Dondaemun, boleh stop dekat stesen Dondaemun History and Culture Park, then bila keluar dari bangunan History and Culture Park tu, korang akan nampak bangunan Am&Pm. Bila dah berada di depan bangunan Am&Pm, cari Nature Republic shop (kalau muka korang betul - betul depan bangunan Am&Pm, Nature Republic shop berada di belah kiri. Kalau muka korang pandang main road/Dongdaemun history and culture park, nature republic akan berada di belah kanan). Pergi ke nature republic, depan nature republic tu korang amik kanan. Bila dah ke kanan, jalan depan sikit akan ada lorong belah kiri. Masuk lorong kiri tu, kedai vegetable hotteok tu number dua dekat lorong tu. Boleh cari signboard nama Famous Vegetable Hotteok.




Tteokbokki/3,000won

Yang nie pulak tteokbokki. Aku selalu nampak benda nie dalam Running Man lagi lagi bila time Jae Suk makan, muka over gila nak describe sedap. Nak beli tteokbokki nie, before beli tu kau tengok isi dalam dia apa. Maksud aku, kalau dia masak hanya tteokbokki sahaja tanpa hotdog (macam dalam gambar), kau boleh beli. Senang cerita beli tteokbokki yang kosong without apa - apa additional food macam hotdog, daging, ayam etc. Takkan sayur dekat tteokbokki tu kau nak kira halal haram. sepak kang.




Yang nie aku taktawlah apa benda nama nya tapi aku taw benda nie pun bila tengok EXO-Showtime. Kalau notice nie yang Tao kata bapak sedap lepas tu excited nak makan sampai kata terima kasih dunia sebab ada makanan sesedap ini. Opinion aku, cukuplah makan sekali sebab bapak manis wehhh. Memang gula semata - mata. Tu pun berusaha keras nak habiskan sebab memang manis. Ktorang jumpa benda manis nie dekat Myeongdong. Harga 1,000won




Susu pisang! Aku selalu beli dekat GS25 harga 1,300won then minum pagi - pagi before naik subway. Kadang aku beli time balik juga, minum dalam bilik. Ada banyak perisa tapi aku still suka yang warna hijau dekat atas nie. Apa yang boleh aku kata, sedap weh! sekali sedut dah habis. hahaha Aku siap bawak balik untuk family aku, nak beli banyak - banyak dalam pack korang boleh beli dekat Lotte Mart. Lotte Mart mana - mana pun sama tapi aku beli dekat Lotte Mart near Seoul Station. Sepanjang 6/7 jam dalam flight Seoul - Malaysia, bersyukur sangat susu nie tak pecah or tak tumpah atau apa - apa pun. Family aku suka gila susu nie siap berebut nak minum. Dekat Malaysia celah mana ntah nak dapat. Ada memang ada tapi packaging lain. 



Satu lagi yang ktorang selalu makan as breakfast adalah bokumbap nama dia kot. hahaha aku tak pasti pulak nama tapi aku panggil nasi segi tiga. Kenyang weh makan nie sahaja as breakfast. Beli dekat GS25 jugak harga dalam 800won ada yang 1,000 won. Nak beli bokumbap nie kena tengok samada tuna atau tidak. Korang hanya boleh makan tuna dan sambal je, yang lain jangan beli. Nak taw tuna ke tak, tengok ada gambar ikan dekat packaging. Aku pernah terbeli daging punya tapi nasib baik Allah Swt nak tunjuk, before bukak nak makan, aku tunjuk mimi lagi sekali betul ke nie tuna, then bila mimi baca rupanya daging. So what should I do selain membalingnya ke tong sampah. hahaha :D


Nanti aku sambung part ke - 2 pulak ye.


Wednesday, October 1, 2014

Checklist before ke Korea

Di sini aku share sikitlah checklist untuk ke Korea. Tak perlu follow semua sebab setiap orang berbeza checklist nya. Aku share sebagai reference sahaja. Lebih atau kurang korang buat sendiri okay.

1) Cuaca / Weather
Before fly tu better korang check cuaca dekat sana. Boleh check dekat Yahoo weather. If nak check weather sepanjang dekat Korea pun boleh tapi atleast check on arrival day. At least check! Do some homework and please don't lazy. Don't expect your friend will do it for you. Travel sesama kan? So lets do it together.

Time aku pergi tu autumn baru je start. Mean baru je summer habis so not to cool and not to hot. Around 26 degrees and night around 21 degrees. Those yang nak pergi time early october and above, better bawak sweater tebal sikit. Tak perlu sampai winter coat sebab critical nanti masa malam je. Penah je sepanjang 17 days night weather cecah 15 degrees. 

2) Pakaian / Clothes
Yang ini memang ikot kesesuaian masing - masing lah. Aku punya cara, aku bawak 2 jeans sahaja and 4 tshirt untuk jalan - jalan. Baju tidur dan baju harian serta seluar tido and seluar harian adalah sama, aku bawak 3 helai sahaja. Guesthouse aku ada washing machine so boleh basuh lah. Kalau boleh cut lagi clothes yang nak bawak sebab nanti sourvenier lagi kau nak bawak balik. 

Janganlah pikir kau nak nampak cantik dalam gambar di mana baju tak boleh sama setiap kali keluar. Kata travel kan so don't expect nak carry satu almari baju semata - mata gambar lah. Bila bag berat shame on you lah. Opss sorry. :D

3) Kasut / Shoes
Sekiranya korang follow cara backpakers style like us, silalah pakai sport shoes or sneakers. Selipar pun kalau boleh avoid. Dekat Korea pun semua pakai sport shoes taw. Bila backpakers style korang akan banyak guna public transport which is bus and subway ( Jihachul / yak ). Bila guna subway, akan berdepan dengan banyak tangga tak kesahlah pendek ke tinggi. Bila ingat subway sila ingat tangga. 

 



Actually ada je escalator but few subway sahaja rasanya. Bukan semua subway provide escalator. Suggestion aku bawak satu kasut pun okay tapi in case kasut koyak atau rosak boleh beli dekat Myeondong atau Hongdae night market. Sneakers around 10,000 won = RM32. Kalau nak bawak kasut siap-siap from Malaysia pun boleh. Tarahal lah bro. :P

4) Personal use
Part ni, kalau boleh bawak yang small size je. Jangan lupa bawak wet tissue (aku bawak wet tissue dari Dettol). Kalau beli wet tissue Dettol, akan ada 3 pack wet tissue. Bawak 3 wet tissue pun dah cukup tapi aku over bawak sampai 9 pack. Hahaha so conclusion nya bawak 4 pack wet tissue pun okay. Wet tissue nie gunanya masa ke toilet nanti. Botol kosong kena bawak jugak sebab untuk ke toilet tapi kalau taknak bawak dari malaysia pun takpe. Nanti sampai Incheon beli air 1,000 won and keep the bottle.

5) Luggage
My advise is tak perlu rasanya bawak luggage besar like size 28 (macam aku) sebab nanti menyusahkan diri sendiri. Hahaha memang part nie aku gelakkan diri sendiri lah. Benda nie psycho sebenarnya, lagi besar kau bawak bag lagi banyak barang yang kau nak sumbat. At the end, aleya kena kurangkan 3kg sebab bag aku lebih muatan. Sorry aleya 😍 I love youuu. 

Nie je kot yang aku ingat buat masa nie. Kalau ada additional info, aku add later lah eh.