Monday, January 31, 2011

TBS gempak !

Assalamualaikum...


here, nie dari hp aku. beberapa hari before segamat banjir terok. nie dekat meja kayu Zamrud. tapi aku taklah expect Segamat akan banjir terok sampai tahap cengini kan.. 




okay, just drop the subject about Segamat. nak share pasal TBS. TBS nie adalah terminal yang mengantikan Bukit Jalil yang sesak itu. mula - mula dengar nama TBS, aku ingatkan nama dia Terminal Bus Selatan tapi rupanya Terminal Bersatu Selatan. Dahla masa hari jumaat petang after test tue aku balik sorang. punyala berdoa harap aku jumpa sape - sape yang aku kenal dalam bus nanti. Akhirnya makbul doa aku sebab aku jumpa dan lepak sekali dengan budak - budak banking kelas 3. dorang yang inform aku kata kita dah tak turun Bukit Jalil (Alhamdulillah..) tapi kita turun TBS. bila dah nak sampai TBS tue, aku punya la excited tengok sekeliling. macam 1st aku sampai KL je gaya. dan bila dah sampai, dah turun, perghh!!!!!! aku turun dekat KLIA weyh!!!! hahahaha... :D




see, macam flight kan? dia akan update setiap bus yang akan masuk atau keluar dari TBS.





Pusat Beli Belah tue yang tak boleh blah tue.. haha!













gempak tak?? nak pergi turun naek bus pun ada gaya taw. kena lepas pengawal everything. nanti bila tanya member laen kata "kau turun dekat departure no bape eh?" perghhh!! aku departure 12 flight pergi Segamat. buek buek.




ha! nie yang best. korang boleh PILIH SENDIRI eh nak seat mana dalam bus nanti. boleh pilih bus apa, masa apa dan seat number berapa. tapi susah sikit nak beli tiket sebab dia akan mintak IC korang.





from the Outside.




okay nie paling gempak, kaunter tiket macam kaunter tiket wayang babe!! perghhh.. tabik spring aku dekat company yang handle TBS nie. kaunter tiket dia bukan macam dekat Bukit Jalil, kena beli dekat kaunter bus tue sendiri tapi nie laen. TBS buat gaya hensem lagi dari tempat laen. korang boleh pilih mana - mana kaunter yang korang suka mane taw ada abang encem dekat kaunter 6, boleh pergi kaunter 6 dengan senang hati, kalau nak usha awek chantek dekat kaunter, boleh je pergi dekat dia tanpa ada bantahan sebab dorang yang akan settelkan tiket korang dengan company bus tue.


superb kan! maka, sila tinggal kan kereta korang semua dan ikot seruan kerajaan. hikhik... TBS sejuk, bila turun dari bus, gaya macam turun dari flight je. dekat sekeliling TBS ada ramai je yang akan bantu korang kalau tersesat ke ape. itu semua kicik punya hal. :D TBS dia buat link sekali dengan LRT Tasik Selatan dan KTM Tasik Selatan. sangat senang... laluan nak pergi LRT dengan KTM pun fully ber-bumbung maka korang tak payah risau sunburn ke ape.. okay? jatuh cinta tak? :D



Segamat Banjirr Part 2


Assalamualaikum...


antara gambar terbaru Isnin, 31hb Segamat banjir. 











rembat gambar dari FB Syed Faisal, maka kena masukkan sekali tuan empunya badan. :D



btw, kecian dekat budak classmate lelaki yang rumah dorang dah masuk banjir. takpew, nanti korang ajak budak kelas pergi tolong bersihkan rumah korang eh! ehh cop, aku pun kena risau jugak. even bilik aku tingkat 1 pun, tapi bilik aku hujung. dahla masa hujan hari tue pun dah macam banjir corridor depan bilik aku tue. aishh, risau weyh...


Segamat Banjirr !


Assalamualaikum...

hello babe! Maaf sangat sebab dah lama tak update. busy sedikit, ada test dan baru balik dari Langkawi. woot wott~! :D pasal langkawi nanti aku update ehh.. sekarang aku nak cerita pasal Segamat banjir weyh! perghh.. 3 tahun aku dekat sana, tak penah aku terpikir Segamat akan banjir. tapi its really happen! masa last week memang hujan 3 hari turut - turut. ada la jugak berhenti tapi sekadar sejam dua je, watpew.. aku pun siap jemur baju dalam bilik je. dah macam kedai bundle dah di kerjakan aku dengan roommate. nak keringkan baju punya pasal, kipas tue aku bukak 5, yang paling kuat sedangkan orang yang dalam bilik mengigil kesejukan. hikhik.. nak pergi PI (Pusat Islam - masjid) sebab nak jumpa Asyraf Imam Muda pun tak boleh nak gerak sebab sehari suntuk hujan lebat. Asyraf Imam Muda datang UiTM Segamat ! tapi aku tak pergi pun, hujan membataskan pergerakan. :P




baru jumaat lepas aku lalu dekat depan petronas nie air sikit je baru. tapi sekarang bapak ah! 




jalan alternative laen untuk pergi ke bandar kalau laluan train tutup pun dah naek air. 




baru jumaat lepas aku tengok Zaki and the geng lepak dekat deret kedai situ. ishh ishh...



laluan ke Segamat Baru. 




Laluan ke Bandar Segamat. sikit je lagi tue...





dekat FB dorang dah siap tag video Segamat banjir. dekat area bandar, Nirwana la. teringat tempat aku karok dengan kak wana and kak'ada hari tue. sure naek air dekat situ. masa aku otw nak balik KL hari jumaat lepas, ada sesetengah rumah dah naek air dah. terutama sekali kawasan yang rendah. kesian sangat... 1st aku tengok banjir depan mata. dahla air dia kotor. UiTM tak banjir lagi, lecak - lecak tue biasa la. setiap hari pakai payung pergi kelas, share 1 payung sampai 3 orang tue dah jadi common dah bila hari - hari hujan dekat Segamat. baju tetap basah jugak. tidur pun sedap je. sejuukk! haha.. 


btw, korang doakan la Segamat punya banjir reda dalam masa seminggu nie. kalau tak, macam mana nak balik Segamat balik. Syukur Alhamdulillah masa banjir cengini, budak - budak UiTM dah balik rumah masing - masing sebab cuti semester seminggu. doakan banjir surut dan moga Segamat selamat. I love Segamat taw! ececeh!! :D



p/s : gambar - gambar banjir aku ambik dari FB Sir Izuan dengan FB Syed Faisal. 

Sunday, January 23, 2011

May I Take Your Order? :D

Assalamualaikum...


before balik ke Segamat sebentar lagi, meh nak update sikit. nak bagi jeles. haha! owhh lupa, saya balik Segamat kali nie naek KiKi. aww! dah lama tak naek KiKi. hehe.. Who KiKi?? anak angkat yana. haha.. bukanla, her car la.ehh hari tue bukan kau balik sorang kew mira? mana yana? hehe.. yana balik esoknya. dia ada hal. maka saya kena balik sorang la. kecian saya, 1st kena balik sorang - sorang. nasib baek ada orang bagi tumpang. hehehe.. owhh sebelum terlupa lagi yang ke berapa kali lupa pun tak taw la, nie click la link nie, kenal dengan kawan kitew.. LIYANA. comel je orangnya. status? tanye dia sendiri la ye.. kitew sebagai kawan kena keep the secret. :P








ehh, termasuk kek daim plak. hehehe..








mau? *gelak evil* mau?? haha.. mau tempah? atau sudah jeles? kihkih... nanti saya beli banyak - banyak then makan semuanya. lagi - lagi Kisses tue, makan sorang pun takpew. esok nyer merana sakit gigi, gosok gigi pun tekan kuat - kuat. biar berus gigi tue sampai ke urat gigi. :D daim! makan dalam kereta sambil drive sedaaaap tue... feveret mama tue. memang keje dia makan dalam kereta then suruh adik - adik kemas kereta dia balik. adik - adik yew, kakak duduk lepak depan tv. weee~


mau???? hahaha..
*gelak evil lagi*




p/s : nad, mak aku buatkan pizza untuk kau... suka?? senyum sampai telinga? haha...



geli plak rasa bahasa kan diri saya nie. haha! :D 

Saturday, January 22, 2011

Masa untuk pikir pasal future.*serius*

Assalamualaikum...

hari nie aku nak wat entry serius. selama nie entry aku maen - maen je aku rasa. asyik senyum comey - comey je sampai sab kata aku manusia tak penah sedih. asyik nak ketawa je. maka, korang pun kena serius aww kali nie. degree form dah bukak babe.. dah boleh apply. dia start 9/1 lagi tapi sampai sekarang aku pending aku nak ambik ape untuk degree. hari - hari pikir tapi masih takde jawapan jugak. kalau jumpa member je, asyik dok tanye dorang nak ambik apa untuk degree. semua tengah pening - pening ayam lagi nak ambik ape untuk degree. aku lagi la kan, bukan pening ayam dah. 


kalau tak silap aku, dia ada 3 pilihan KOT. aku tak apply lagi so aku tak taw la. di sebabkan 3 pilihan, aku dah aim dua course nie tapi stay tak taw mana satu yang nak di jadikan main course aku nanti. yang ketiga lagila, haprak aku tak taw nak isi apa. wuaa! tension weyh! :'( nie aku ada usha course yang di-offer under course aku sekarang. Banking. cuba korang pikir apa yang terbaek.


click pada gambar untuk jadi gambar gemok. 



korang tengok yang aku dah highlight tue je. yang laen dah lari dari bidang aku dah. bukan 100m lari berpagar lagi dah, dah melampau - lampau lari dia. kalau aku apply jugak, aku kena masuk semester 1 balikla untuk degree. bila aku tengok course yang di-offer, aku dah pending dah. apasal dia tulis dalam BM nie. mane aku paham. haha! bajet bajet. sepak kang baru taw langit tinggi ke rendah. hehee.. heppp, kata nak wat entry serius. nie aku rajin nak translate kan sebab 1st aku tengok program yang dia offer, kepala aku dok sibuk translate Bi. 


BM216 -  B. Tranport

BM220 -  B. Marketing

BM221 -  B. Insurance

BM222 -  B. Finance

BM223 - B. Human Resources

BM224 - B. Operation Mangement (ek? aku rasa la.)

BM225 - Pengurusan peruncitan??? retail management KOT. 

BM226 - B. International Business

BM229 - B. Islamic Banking

BM230 - B. Business Economy. 


B = Bachelor. ha! pikir - pikir. dua course yang aku dah aim adalah B.Fin dengan Islamic Banking. memang dua - dua under banking. kira masa diploma aku adala jugak belajar. kalau dekat degree nanti taklah pending sangat sebab dah penah belajar. lagi satu pulak, aku memang tak taw nak isi ape. dulu aku nak sangat apply B. Marketing untuk degree tapi disebabkan ayah kata "marketing bersepah la kakak" bukan ayah je, ramai yang kata bersepah. maka aku tak nakla naek kan number yang menganggur tue. tapi xtually, kalau Allah SWT dah tetapkan rezeki kau, sure kau dapat keje even kau Bachelor in Marketing sekali pun. Semua dah tertulis right?


Kalau Islamic Banking adalah main course, pergi kelas kena ada tafsir. kena hafal ayat Al-Quran, hadis semuanya. Bukan senang la sebenarnya even dulu kecik - kecik pergi mengaji dengan tudung senget-benget selebet semua. itu sebab nak mengaji, nie kita kena hafal. kalau tak silap aku la. tapi yang best nya course nie, DEMAND tinggi gile weyh! haha.. mane taw kalau - kalau aku boleh transfer pergi Dubai kew.. gaji masyuk tue.. $$$$$$$ duet Dubai convert ke RM, perghh perghh boleh aku beli porsche then drive sampai depan umah dhamiri tunjuk yang aku dah pakai porsche. haha.. sekali kau, dia pakai maybach. gigit jarila nak berlagak show off. kalau B. Fin, kena compete dengan cina. 


ehh apply mane mira? mesti korang tertanye - tanye kan. aku apply UiTM je. macam dah takde hati je nak masuk U laen. UiTM di hatiku. :D eceh! ngade. ayah suruh apply UIA.


"kak, nanti degree ambik dekat UIA je la. dekat"


"erm.. tak nak la ayah. UIA macam tak best je"
*saje bagi alasan sedangkan aku memang taknak. haha!*


"kenapa? dekat je pon. ayah boleh hantar pergi kelas"


"alohh comel nyer ayah hantar pergi kelas. haha! UIA dekat sangatla ayah.. tak best la macam tue. study kena duk jauh - jauh. baru rasa rindu-rinduan."


"nak rindu - rindu apenyer. diploma dah dekat johor. degree ambikla dekat-dekat je. umo ayah bukan nya panjang lagi"



aduhh, bab tue aku lemah. serius! speechless. tanyala semua orang, kalau boleh tukar nyawa, mesti nak bagi parents hidup selamanya. especially for gurls. kan kan kan?? parents is everything. so... nak apply ape nie??! haha.. dahla, aku penat nak pikir. esok lusa aku pikir lagi. dah mira, sekarang kau pergi google Mareva Injunction, next week nak present. 




*tak jadi nak buat entry serius. owhh baru sedar semua entry aku semua lebih 350words.*

Friday, January 21, 2011

Thursday, January 20, 2011

Homemade Pizaa, Yummy!

Assalamualaikum...









perghh perghh!! jap jap nak sendawa. *bunyi sendawa* haaa, kan dah kenyang makan. hahaha! tak senonoh kau nie mira. :P Homemade Pizaa babe! :D