Friday, December 31, 2010

Pakej Haji dan Umrah yang menarik

Assalamualaikum...

penah pergi haji or umrah?  tak? gimme five, aku pun tak penah. insya Allah kalau ada umur yang panjang, murah rezeki dan di buka kan pintu hati, kita semua boleh pergi. amin... haji telah disenaraikan sebagai antara lima perkara yang wajib dalam rukun islam. haji wajib bagi yang mampu. semua orang taw pasal tue. kalau tanya tina, dia boleh keliru lagi antara rukun islam dengan rukun iman. aduhh, adek sapo tue?? entahla.. :D okay, sekarang aku bukan nak cerita pasal aku pernah pergi umrah or haji ke apa (yelaa, dah terang lagi bersuluhkan dari awal lagi aku dah bagitaw aku tak penah pergi lagi). just wanna to share yang my sugar daddy, ehh bukan - bukan, my ayahanda adalah agent kalau nak pergi haji / umrah nie. 


agent under IRNA YAKIN TRAVEL & TOURS SDN BHD. penah dengar? nie bukan company yang tipu - tipu punya, yang kata dia adalah agen untuk umrah then bila dah dapat duet, bawak pergi jauh - jauh. kira menipu la tue. berdosa kan, dahla duet orang tue untuk niat yang baek, ingat umrah dengan haji tue murah kew? haji tue at least ada RM10K baru boleh pergi. RM10K dah boleh buat downpayment viva dah. heeppp, kereta lagi mira nie. heee. ehh lebih kurang harga cengitu la. kalau korang tak yakin lagi, USTAZAH SITI NUR BAHYAH yang terkenal dengan 'cakar harimau' pun under IRNA YAKIN taw! beliau serta suami nya merupakan penasihat khas IRNA YAKIN TRAVEL & TOURS nie. kiranya, boleh pergi umrah sekali dengan ustazah nie la. 






dua kali ayah pergi umrah, dua kali juga under IRNA YAKIN. sekarang aku nak tunjuk antara gambar - gambar semasa ayah dengan mama pergi umrah tahun lepas masa bulan ramadhan. owhh, lupa nak bagitaw, ayah kata pergi umrah waktu ramadhan adalah saat yang terbaek even harga dia sedikit mahal berbanding dengan bulan yang laen. sampaikan ayah kata rasa macam nak pergi umrah setiap kali ramadhan tiba. see? bertapa bermaknanya bulan ramadhan di sana. 


















IRNA YAKIN bukan untuk umrah sahaja tetapi kalau nak pergi travel pergi mane - mane kew, IRNA YAKIN boleh uruskan. dia juga ada buat KAD KEMBARA IRNA yang boleh korang dapat diskaun serta segala kemudahan yang ditawarkan tetapi hanya untuk pemilik kad itu sahaja. takda yuran bulanan atau bulanan dan kad ini boleh di wariskan kepada ahli keluarga terdekat bila pemilik meninggal dunia. xtually, banyak kemudahan yang di sediakan oleh pihak IRNA YAKIN ini, maka kalau berminat, boleh contact 



Jamaluddin - 0133802404


office IRNA YAKIN terletak dekat Taman Melati Utama, kiranya kalau dari gombak, dia belah kanan on the way ke Taman Melati selepas stesen LRT Gombak / Terminal Putra. dan kalau dari ampang nak ke gombak, selayang, UIA, British Council, Teknik gombak, SBPI Gombak, kepong, office terletak dekat belah kiri. 



*click untuk tumbesaran photo*

nie aku ada buat google earth, kira nak bagi korang gambaran la mane letaknya IRNA YAKIN TRAVEL & TOURS. kang tak pasal - pasal ada orang call ayah cakap


" anak encik kata office dekat dengan UIA"


mau kena debik aku dek ayah. hahaa.. dalam map nampak macam UIA tue jauh tapi bagi aku sekangkang kera je pun dari Taman Melati Utama. haha.. dan yang warna biru gambar train tue, tue adalah stesen LRT Gombak. Kira kalau pening nak cari UIA (mane taw takot termasuk karak highway then teros sampai bentong. haha!) korang just cari LRT Gombak, then insya Allah korang akan jumpa. SBPI Gombak, Teknik Gombak, tue semua dekat UIA je. kiranya, papehal cari UIA dulu. okay? :) 


insya Allah kita antara orang yang akan sampai tanah suci sebelum ajal. amin.. :D

Berangan sesekali tue takpew. :D

Assalamualaikum...




aku rasa macam nak beli 






Maybach









la nanti. hahahaa! banyak betol berangan, nak itu nak ini, kejap nak beli porsche, esok pulak nak beli ferrari pulak. bila tengok BM keluar design baru, tukar BM pulak, nasib baek lambo tak penah ada dalam list. hahaha.. takpew, Maybach pun masuk list jugak. mane taw tercapai impian dan harapan serta angan - angan nak jadi gabenor bank negara ganti Tan Sri Zety Akhtar Aziz. bhahaha..! 


gabenor bank negara = pakai maybach



perghh!!! smart, smart!! hahaha.. :D

Best ke Hantu Kak Limah??

Assalamualaikum...

tadi tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah... excited jugakla nak tengok sebab semua kata kelakar gile! so rasa berkobar - kobar jugakla nak tengok. then tadi pujuk mama, mama kata okay jom tengok HKL (hantu kak limah) lepas habis tengok semua, aku rasa cerita tue okay je. serius sorry sangat - sangat yang puji cerita tue kelakar gile tapi aku rasa macam biasa je. sama macam ngangkung la.. orang kata kelakar dan tengok banyak kali sampai boleh kutip dekat 10juta kan tapi tapi... aku rasa macam biasa je cerita tue. tak lawak mane pun.. aku rasa la. jangan marah ehh, every people ada different opinion. peace yaww! :D


bahang bola tak habis lagi. semua tengah cakap pasal bola. yelaa, kemarau 14 tahun kan. akhirnya dapat jugak, alhamdulillah.. yang apit, punyala excited, satu hari suntuk nie dia cakap pasal bola je dalam kereta. sampai ajak mama pergi KLIA sebab nak sambut pasukan bola balik. mama dah 70% nak pergi. siap nak patah balik rumah ambik camera. aku pulak, memang rasa nak pergi tapi lepas dengar dekat radio yang jumlah orang yang tunggu pasukan bola M'sia balik adalah dalam beratus-ratus. pergh! takleh bayang kalau aku pergi. macam lautan manusia je. then tak jadi pergi. kalau aku pergi adakah aku nampak macam seorang-wanita-yang-minat-gila-bola?? yeaahh, maybe. :P


then tadi, around pukul 9malam, faiz call. aku dahla tengah tengok berita masa tue. saat - saat gol dengan saat - saat fahmiera (ecechh!! :D ) berjaya dengan menangkap bola penalti. thums up bro! ehh apesal bro pulak, it supposed to be "dear" right? or honey maybe? hahhaa. uwekk~ :P faiz call ajak datang rumah. ada majlis doa selamat sambut tahun baru. faiz pun satu, ajak lambat sangat. cuba call dari siang tadi kew, tak pun text kew, boleh aku get ready awal - awal. nie pukul 9malam baru call aku. then tanya ayah, ayah kata OK. aik?? aku pun pelik, aku rasa ayah tak bagi sebab dah malam, lagi pun tak manis kan perempuan keluar malam - malam nie. heee. maybe ayah bagi sebab ada majlis doa selamat kot. then text iqa, ila dengan sab. nasib baek aku text faiz balik tanya nak kena pakai baju apa. kang tak pasal - pasal aku sarung jeans kang, buat malu je. xtually masa sampai rumah faiz baru taw tue majlis doa selamat. masa faiz ajak tue dia kata 


"ada makan - makan sikit.. datangla mira"


ada makan - makan?? makan - makan boleh jadi sambut besday kew, saje - saje kew, makan - makan sebab M'sia menang kew.. hahaha. so "makan-makan" can be many purpose kan. faiz kata pakai baju kurung pun boleh. baju kurung?? 


baju kurung = kena iron


masa dah tak sempat sebab dah 9lebih masa tue, maka aku decide pakai jubah je. dahla jubah biru pakai tudung hitam. perghh, memang terburu - buru nama nya. simple dan sopan jugak kan even dia seluar. makanan sedap! simple but kenyang. kitaorang makan pulut gaya macam tuela populasi pulut yang terakhir dalam dunia. hahaa.. pulut + ikan masin, sedap weyh! 1st aku try tadi. kemudian, kami di hiburkan oleh mamat, adik bongsu faiz, mamat tue nama pendek, nama panjang muhammad ape-ntah. memang lawak gile la masa tue. nie ada video, aku tengok balik pun dah gelak - gelak. kecik - kecik dah hafal lagu. owhh, mamat nie baru darjah satu.



video


lagu yang last tue lagu ape ehh? serius aku lupa. dengar radio hari - hari tapi lupa tajuk. yang last sekali memang lawak gile la. aku dengan ila gelak dah nak keluar air mata dah. mamat nie lawak gile! haha.. siap buat background music tue yang tak tahan tue. memang bantai gelak gila - gila. haha..



video

mamat - kalau berpacaran


yang terselit sikit tue, faiz la tue. mamat kata lagu nie lagu lama. sebab mula - mula mamat suruh iqa nyanyi, iqa suruh aku pulak, aku suruh sab. last - last ktorang suruh mamat. haha... dia kata 


"mamat taw lagu lama je"


dalam hati aku, perghh budak nie. layan lagu jiwang zaman dolu-dolu. then ktorang suruh dia nyanyi jugak. ingatkan mamat nak nyanyi lagu cinta pantai merdeka kew C.I.N.T.A XPDC kew, sekali lagu 'kalau berpacaran' haha. memang lawakla masa tue. ktaorg macam laaa.. lagu nie.  tapi serius la, terhibur gile dengan mamat. before balik tue, aku sempat cakap dekat mamat


"mamat, tengs for the performance"


then mamat senyum je. mak faiz bagi tapau tue. wuu~ tak sia - sia datang. hahaa.. dan faiz, tahniah sebab dapat naek pangkat. btw, faiz nie askar. masa form5 dulu dia blah pegi kem tentera dekat PD. nak jumpa faiz bukan maen susah. so aku pun datangla rumah faiz sebab nak jumpa faiz bukan senang.





yang pakai baju melayu tue faiz. kat sekolah dulu ramai kot orang minat, muka macam Jehan Miskin version gelap sikit. haha.. masuk askar makin gelap faiz nie. btw, tengs a lot faiz! even ktorang sampai pukul 10malam, balik pun ktorang la manusia paling lewat. haha.. pukul 12 selamat sampai rumah. tengs jugak dekat sab sebab ambil dan hantar. 



quality video dengan gambar memang sangat mengecewakan. guna handphone punya kan, maka kena terima la. aku rasa aku kena buat check list before nak balik segamat nie. apa yang patut kena beli, apa yang tidak. pening kepala bila dah nak balik segamat nie. kena betolkan balik jadual tido, kena kemas barang. baju - baju pun dah kena start packing nie. waa, penat gile! okay done, nak kena betolkan balik waktu tido nie. bubye. :D

Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya! vaumm!

Assalamualaikum...

tahniah harimau malaya! proud to be Malaysian. :) even indon punya sokongan bapak macam tahap giga la tapi kita dekat Malaysia nie pun sokongan tahap langit ke-7. haha.. kedai mamak semua penuh dengan orang yang nak tonton bola. dekat rumah (especially rumah aku) dah macam kedai mamak kuasa dua dah. tak percaya?? nanti aku cerita. aku dah siap tweet dah kata iluvyou-la-fahmie. haha! ehh followla twitter kite. ada dekat belah kanan tue. :D  btw, tadi pergi JJ Wangsa Maju. beli ape yang patut before nak balik segamat as final semester student. ehh kew terbalik? owhh maafla, Bi saya memang agak terok. haha.. nak balik segamat dah? yupp.. this sunday, hello segamat. :P macam malas, macam excited tapi tue la, kena pergi jugak. proceed..


di temani oleh iqa, jijah dengan imi. rasanya tak payah nak kenalkan dorang nie siapa lagi kot. dah banyak sangat dah nama dengan gambar dorang dalam blog nie. lagi banyak dari gambar aku. di sebabkan malas nak pergi jauh - jauh, duit pun dah nak bernyala warna merah, mean dah tinggal amaran duet dah nak habis, maka kita pergi yang dekat je. makan Mcd (mestila double cheese! haha) then terjah MPH sebab nak beli Hlovate punya novel ardiwarna. takdok lagi,, :( proceed..





iqa.
besday kami jarak 2hari je.. aku 30/10, iqa 28/10..
owhh yeahh, we're kala-jengking! perghh, buruk gile nama kala-jengking. hahaa.. 
kiranya kadang - kadang tue tersama instinct la jugak. kalau cerita pape dekat dia..

"iqa, mamat nie treat aku dengan cara laen la"

"kau suka dia ehh mira.."


perghh, gile serkap jarang. haha.. tapi betol la, dak nie ada kuasa baca minda aku kew ape? haha.. same situation bile iqa cakap ngan aku

"mira, dia care laen macam la"

"ecehh.. dalam hati ada taman la tue"


dan dengan selamba badak dia pukul aku cakap mane kau taw nie?? haishh budak nie. tapi beza aku dengan iqa, dia tinggi, aku pendek. =.="









masa nie sumpah boring nak tunggu iqa try seluar skinny dia. ehh skinny smart la! tapi Amirah Syafiqah takboleh pakai. heeee.. si iqa duk try macam - macam size, yang kitaorang duk sibuk wat hal nie. haha..







tak percaya rumah aku pun macam kedai mamak? haha.. tengok kat bawah nie. ayah siap pasang screen beso lagi. punya la excited. masa lawan dekat m'sia pun ayah bukak jugak screen. punyala gile bola dalam rumah nie (yelaa, populasi lelaki dalam rumah nie lagi beso dari populasi perempuan) ayah siap beli screen beso nie untuk tengok bola masa world cup dulu. cuma ada satu je yang tak kena, kena tukar astro-b.yond. haha! baru gambar nampak real taw ayah! weee.. 




yang mama dok masak segala macam makanan, yang kitaorang sibuk dok jerit. habis merah tangan aku sibuk tepuk tangan bile fahmie dapat tangkap bola. fuhh! memang bangga lagi - lagi bila part penalti tue. memang speechless la indon masa tue. see, keeper m'sia terbaek la. aku rasa macam nak pergi like fb fahmie la pulak! haha.. ehh muslim encem la weyh! hahhaa.. gatal - gatal. :P tengah - tengah syok tengok bola tue, nad boleh call tanya dapat bilik mane. aku masa tue macam ehh dah boleh check kew? bila dah check semua, aku dapat tingkat 1 je! wee~ sayangla UPK. sem lepas bagi aku grand floor. gile senang nak jemur kaen masa tue. sem nie bagi aku tingkat 1, taklah tinggi pun. cukupla masa sem 4 dulu aku dapat tingkat 3, fuhh memang mencabar lemak betol. hahaa..


okayla, done. esok mama cuti, macam nak habiskan duet mama je esok. haha.. gaji dah masuk kan kawan - kawan? weee.. tapi aku rasa, masa aku dah jadi mummy kew nanti, anak aku pun keje nak kopak duet aku je macam aku buat dekat mama dengan ayah. hahaha.. 

Wednesday, December 29, 2010

gian tak semestinya untuk matpit! hahaha

Assalamualaikum...


  • Kizashi dah sampai M'sia babe! launch 2011 maybe. tak sabar nak tengok on the road. :D
  • verna much better dari polo kot.. heppp mira, kutuk polo lagi. hahaha~\
  • kenapa ehh, aku rasa la kan, honda city makin lama makin tak chantek je. serius.. 
  • Audi RS3 perghh! perghh!! 
  • Genesis look like 'garang' wuuuu...
  • polis pakai forte?? ha?? mane pergi evo10 wahai abang polis?? hahaa.. tak cukup laju lagi ka evo10 sampai nak tukar ke forte. haha..  



xtually, aku gian nak cakap pasal kereta. hahaha.. aku malas nak post dekat blog sebab karang orang tak paham sebab member aku ada tegur 


"mira, takyah la post pasal kereta dekat blog. ktorang tak paham.. kau je yang paham"


okay fine. tapi di sebabkan aku gian sangat, gian tue gaya macam aku nit matpit plak kan.. haha.. nak termuntah muntah aku cakap pasal kereta. sedih betol. hukhuk.. aku tulis sikit - sikit je, ada yang lama, ada yang baru. kang korang tak paham. heeee. tapi betol la, bab polis pakai forte tue aku rasa macam nak hantuk kan kepala aku dekat dinding je. abang polis, pas dekat saya evo10 tue! boleh bawak balik segamat. hahaa.. 

Monday, December 27, 2010

M'sia menang, maka kena update blog

Assalamualaikum...

patriotik tak aku? haha.. kalau m'sia kalah pun, i'm still proud to be malaysian la. tanah tumpah air ku. :D tahniah untuk m'sia, nanti dekat tempat indon nanti buat betol - betol. amanah rakyat, amanah negara. walaupun aku tak minat bola but yeaah, kenalah support negara sendiri. chaiyok - chaiyok! okay, sekarang nak cerita pasal BFF Photoshoot. Even though banyak gila masalah before photoshoot berlangsung, sumpah banyak gile. sampai pening kepala. but, settle jugak akhirnya. punyalah banyak masalah sampai rabu malam tue imi text kata 


"boleh tak korang on9 fb sekarang? nak bincang pasal esok.. aku tunggu sampai pukul 8.30"


perghh, masa baca cuak akak taw tak! haha.. terus on9 fb masa tue. bila on group chat, berlumba - lumba chat masuk. dorang dah sibuk bincang dah. last last everything settled. esok pagi, aku start enjin kereta then pergi angkut sorang - sorang dekat pinggiran. jijah yang macam nak tarik diri sebab tension dengan praktikal dia akhirnya pegi jugak. mane tak nya, aku ugut


" kalau kau takmau pegi, aku takmau keluar rumah"


then, jijah pegi. haha.. suka betol paksa orang, heeee. :D lepas tue gerak pergi danau kota nak ambik cupcakes. owhh mula - mula memang niat di hati nak buat cupcakes sendiri tapi lepas pikir yang semua tak penah buat cupcakes, then decide tempah online. aku google kawasan gombak je. paling dekat dapat dekat Sri Gombak but orang tue dah tak terima order lagi. then pilihla yang dekat Danau Kota. dekat je pun.. ha! masa nie la yang aku cerita dulu, bajet ingat semua jalan dekat gombak nie, nak pergi mane? bagitaw Amirah Syafiqah, sure boleh jadi guide, sekali kau, aku pegi Danau Kota (JE!!) boleh salah masuk lorong. ciss! cupcakes dia boleh tahan sedap. akak yang kitaorang tempah tue pun peramah. owhh, kitaorang amik yang promotion punya, RM55@49pieces mini cupcakes. not bad. nak buat birthday party  pun boleh tempah dekat dia. so korang boleh check it out dekat sini.


then, singgah pergi Mcd drive-thru dekat MRR2 sebab semua kebulur lapo dan datang dengan harapan besar sekali kalau - kalau dapat discount kew beli dekat situe sebab kak long penah kerja situ before nie. tapi harapan hancussss.. :P kitaorang siap belanja helmi mcd lagi taw! tue pun mamat tue demand gile. hahaa.. dah sampai semua, dah keluar kan barang, masa nya untuk.... photoshoooot!! heheheeeee... :DD tapi before tue, di sebabkan percent kebesaran album dalam picasa semakin nipis tipis dan sedikit, aku just masukkan pic yang cun - cun je. ecechh.. :D selebihnya dah upload dalam fb. tak pun tengok pic aku yang di-tag. 

















































Noor Syafinaz Nazri a.k.a my along.. :D
UiTM Melaka, DAIS.
final semester.






Nurazizah Sharif a.k.a my angah. :D
UnikOp, OM
praktikal (final semester)






Aimi Munirah Zolkeple a.k.a my ateh :D
UiTM Kedah, DIIM
final semester




Nur Nabila Daud a.k.a my alang :D
Poly Sabak Bernam
-tamat study dah- 



Noratiqah Mohd Suffri a.k.a my achik :D
UiTM Terengganu, OM
praktikal (final semester)





Amirah Syafiqah Jamaluddin a.k.a ucu :D
UiTM Johor, DIB
final semester

gambar nie aku rasa macam aku-baru-keluar-mahkamah-selesaikan-hal-cerai. hahahaa!!!





masa nie semua tengah sebut LOSERRR.. then jijah boleh sambung ayat ape ntah sampai helmi kata 

" mak aihh, panjang gile ayat ko"





Since 2003




encik photoG yang langsung tak pro tapi bajet pro, hahahha! 
tengs a lot la dude!
mamat nie aku kenal since sekolah rendah lagi. kira macam kalau tiba - tiba nak belasah pun boleh jugak. hahaha.. :D


ada yang dah masuk dalam fb, ada yg exclusive (perghh!) untuk tatapan korang. kira korang yang terawal la. sebagai hadiah sebab setia baca ntah-pape-ntah yang aku merepek. :D then dari 980 keping gambar (pergghhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!) nie yang leh aku upload untuk masuk blog dengan fb. fuhh, berbekal mata yang agak pening nak pilih mane satu gambar yang patut masuk fb dengan blog, aku gagah kan jua sebab dah janji dengan korang. kena tepati, kang tuhan marah. hahaha.. :D


okay done, nanti update lagi. cuti dah nak habis. sedihh.. huhu.. tapi excited nak langkah kew final semester. super duper senior tue. woww! hahaa.. :D





p/s: pada tarikh 28hb bersamaan hari ini, aku ada betolkan sedikit maklumat yang salah dekat atas. kalau korang perasan la. selepas di hentam teruk di fb oleh 'kakak' di atas, maka aku selaku adik bongsu (sebab aku lahir bulan 10) maka kena menurut perintah mereka. kalau tak, dorang takmau belanja makan sebab dah popularkan dorang dekat blog. huahuahuahua! :D

Friday, December 24, 2010

3 hari yang sangat indah.


Assalamualaikum...

waahh, sudah lama rasanya aku tak update blog. busy sedikit dan memenuhi undangan outing bersama kawan - kawan. teheeee.. :D takmau cerita panjang - panjang, minggu nie 3 hari berturut aku keluar. perghh.. hebat. gaya bapak aku macam CEO SYABAS je. haha.. rabu, ikot trip. pergi KARANGKRAF dekat Shah Alam.. best! sebab tak penah pergi lagi kan. dapat jumpa siapa wartawan di sebalik cerita - cerita sensasi di media, haha.. dapat tengok macam mana editor edit pic artis. dapat tengok muka artis yang ori sebelum di edit (psstt, tengok muka CT ori, perghh.. cun siot! editor kata muka CT licin. takde nak edit lebih - lebih. waahh, bangga aku. :D ehh, apehal aku bangga plak? haishh.. masalah.. hahaha) lepas tue dapat tengok tempat dorang cetak magazine and newspaper SINAR HARIAN. what the great.. bangga anak melayu ada yang berjaya sampai ke tahap macam tue. untuk pengetahuan korang, KARANGKRAF adalah company pencetakan ke-dua terbesar di ASIA TENGGARA. bangga tak? dia jugak company yang berdiri atas kaki sendiri tanpa memerlukan bantuan kerajaan. okay, sila bangga sekarang.

kalau pergi sana, dapat beli magazine / novel dengan discount 15%. then dapat jumpa FAEZAH ELAI dengan 




SHILA. 

without make-up okay. :D
pucat kan? penat kot. she so nice la. layan je semua. patutla tak penah dengar apa - apa yang buruk pasal dia even dia taklah se-gah CT kan.. heee. owhh, faezah elai tengah make-up masa nie.


WED - BFF PHOTOSHOOT



owhh, look like mak nenek kan! hahaha.. nie prop ktorang. akan ada entry khas untuk photoshoot ini. :D


THURS - BFF outing



BFF lagi. hahaha.. ktorang kenal since 1997 lagi. darjah satu tuee.. perghh. budak nie tinggi melangit. aku takat bahu atas sikit je. masa darjah enam dulu, orang boleh expect dia dah sekolah menengah. yelaaa, tinggi melangit kan. macam KLCC. hikhik.. lepak dekat The Curve, maen boling dekat sana (tengah ada promotion tue.. 3game = RM10) singgah kedai tengok baju baby sebab ina adalah becoming ucu la. excited gile nak dapat anak buah. jalan - jalan je, dia tarik tangan pergi kedai tue, kedai nie.


" mira jap, nak tengok baju untuk adi"


siap dah ada nama tue. bulan 3 adi lahir. wee~ then makan dekat Popeye's. not bad. okayla kot sebab aku bukan cerewet bab makan pun. then jalan - jalan lagi after that singgah ikea sebab mengidam nak makan meat ball ngan daim cake. perghhh... tercapai jugak hasrat. hahaha.. sebab ina tanya 


"kau nak pergi mane? aku bawak. tapi kau tunjuk jalan la."


macam driver kan? hahaha.. bab jalan nie tarahal la.. hahaa.. cehh bajet lebih, masa drive nak pergi danau kota boleh pulak sesat. sedangkan dekat je pun. ishh ishh.. bukanla awak, kite salah masuk lorong actually.. (ececeehh!!) heee..


" ikea jom! nak makan meat ball dengan kek daim"


"okay set!"


asyik makan je kan.. bila tengok baju, tanya diri sendiri bila nak kurus. jeles tengok orang pakai baju comel comel nie. bila nak makan, semua sanggup telan. hahaha.. janji kenyang. hikhik.. okay then, nanti update lagi. 


--------------------------------------------------

sale camaro lagi tinggi dari mustang. perghh, thumbs up!
love Verna. comel kot!