Saturday, October 4, 2014

PART 1 : Kenapa perlu melawat Korea?

1) CD kpop murah wehhh

Hahaha nie actually point untuk mereka yang minat kpop. Compared dengan Malaysia punya price dalam RM1++ (nie pun kawan aku bagi taw) atau pun lebih dari harga yang aku bagi dekat Korea murah wehh. ada CD yang dapat dalam around 11,000 won/RM34 then ada yang 30,000won/RM92. The best thing jugak di mana dekat Malaysia tak keluar lagi CD, dekat sana dah jual dah. So may be that why yang mahal sikit macam 30,000won tapi still murahlah. Beli CD sini dapat banyak free gift macam poster. 

Masa ktorang pergi, ktorang beli CD dekat Myeongdong. Dekat dengan subway Myeongdong. Kenapa beli dekat situ? Sebab setiap CD yang di jual di situ di ambil kira serta di nilai dan akhirnya group Kpop yang korang minat tu bolehla menang DCA award lah, Daesang award, atau macam macam award yang berkaitan album. Alaaa Kpop fans mesti familiar dengan award nie semua. So nak pastikan pembelian CD korang tak sia sia dan nak bagi group Kpop menang award, silalah beli di situ. :D

2) Variety of Palace

Dekat Korea nie banyak Palace samada masih guna lagi atau tidak. My suggestion, ktorang pilih untuk pergi Changdeokgung Palace sebab ada secret garden di mana secret garden tu kerabat di raja Korea still guna lagi. So tak boleh nak merayau gerak sendiri pun dekat sini sebab kita kena follow tourist guide yang di sediakan oleh pihak palace. Owh secret garden ini berbukit actually so better pakai comfort shoes lah. Harga tiket masuk palace + secret garden adalah 8,000won/RM25. Kalau nak masuk palace tanpa masuk secret garden 5,000won/RM16. 






Nak masuk secret garden ada selected time, kami masuk pukul 11.00 pagi. 




Changdeokgung Palace.




Gyeongbokgung Palace. Ini lah palace yang ada Royal Guard Changing tapi ktorg tak pergi pun. Pergi depan pintu je. :D

3) Street food daebak !

One of the reason aku pergi Korea sebab nak rasa street food mereka. Sebab selalu sangat tengok dalam tv, dalam drama, dalam running man so why not try sendiri kan. Bila sebut food je, mesti akan ada yang ragui halal ke? Selalu ktorang dapat soalan macam tu sepanjang dekat Korea tapi berbalik kepada diri sendiri, kalau ragu - ragu jangan makan. Ok? Kalau kau sibuk pikir alamak dia basuh senduk pakai sabun apa eh? sabun dia takde babi ke? minyak dia goreng tu takde babi ke? atau apa pun soalan nya, susah weh kalau asyik argue je apa orang buat. Sampai bila - bila kau tak boleh travel kalau asyik pikir benda remeh gitu.

Before fly, check dulu dekat page halal korea mana satu makanan yang boleh makan. tanya ahjumma atau ahjussi yang jual street food dorang pakai minyak apa? kalau pakai minyak sunflower kira boleh makanlah. Ok taknak tanya minyak, kau tengok sendiri street food yang dia jual tu, dia ada jual babi atau daging atau ayam sekali tak? kalau takde, then kau boleh makanlah sebab minyak yang di pakai untuk goreng tu takde campuran ayam atau babi atau daging.



Nie wajib makan bila pergi Korea weh! Memang banyak pun tepi jalan. Nama dia HOTTEOK. Bila gigit kan rasa gula merah dengan kacang. Sedap weh! Harga tengok tempat ada yang 1,000won ada yang 800won tapi hotteok paling win aku rasa dekat Hapjeong. 



Nie lah Hotteok Hapjeong tu. Ahh rindunyaaa nak makan! harga 800won je weh sebab tu aku kata dia win. hahaha 

Dahla besar then bila gigit gula meleleh-leleh gila. Sedap ah! :D Nak pergi sini korang berhenti dekat stesen Hapjeong then ambik exit 9/10 then korang akan masuk dalam mall. Dalam mall nampak tangga tinggi belah kiri, naik tangga then bila dah keluar nampak main road. Pandang kanan ada SK Gas belah, pass by SK Gas then akan nampak kedai Hotteok nie belah kanan. Those yang nak pergi ke YG Building mesti jumpalah kedai  nie sebab ktorang beli pun masa nak ke YG Building. :D

Ada lagi satu hotteok yang sedap, nama dia vegetable hotteok tapi aku tak ada pun gambar vegetable hotteok sebab setiap kali beli terus makan sebab sedap gila. hahaha vegetable hotteok nie ktorang jumpa dekat Dondaemun harga 1,000won. Aku nak cerita macam mana nak pergi sana pun aku takut korang confused. 

Nak pergi ke sana, kena pergi ke Dondaemun, boleh stop dekat stesen Dondaemun History and Culture Park, then bila keluar dari bangunan History and Culture Park tu, korang akan nampak bangunan Am&Pm. Bila dah berada di depan bangunan Am&Pm, cari Nature Republic shop (kalau muka korang betul - betul depan bangunan Am&Pm, Nature Republic shop berada di belah kiri. Kalau muka korang pandang main road/Dongdaemun history and culture park, nature republic akan berada di belah kanan). Pergi ke nature republic, depan nature republic tu korang amik kanan. Bila dah ke kanan, jalan depan sikit akan ada lorong belah kiri. Masuk lorong kiri tu, kedai vegetable hotteok tu number dua dekat lorong tu. Boleh cari signboard nama Famous Vegetable Hotteok.




Tteokbokki/3,000won

Yang nie pulak tteokbokki. Aku selalu nampak benda nie dalam Running Man lagi lagi bila time Jae Suk makan, muka over gila nak describe sedap. Nak beli tteokbokki nie, before beli tu kau tengok isi dalam dia apa. Maksud aku, kalau dia masak hanya tteokbokki sahaja tanpa hotdog (macam dalam gambar), kau boleh beli. Senang cerita beli tteokbokki yang kosong without apa - apa additional food macam hotdog, daging, ayam etc. Takkan sayur dekat tteokbokki tu kau nak kira halal haram. sepak kang.




Yang nie aku taktawlah apa benda nama nya tapi aku taw benda nie pun bila tengok EXO-Showtime. Kalau notice nie yang Tao kata bapak sedap lepas tu excited nak makan sampai kata terima kasih dunia sebab ada makanan sesedap ini. Opinion aku, cukuplah makan sekali sebab bapak manis wehhh. Memang gula semata - mata. Tu pun berusaha keras nak habiskan sebab memang manis. Ktorang jumpa benda manis nie dekat Myeongdong. Harga 1,000won




Susu pisang! Aku selalu beli dekat GS25 harga 1,300won then minum pagi - pagi before naik subway. Kadang aku beli time balik juga, minum dalam bilik. Ada banyak perisa tapi aku still suka yang warna hijau dekat atas nie. Apa yang boleh aku kata, sedap weh! sekali sedut dah habis. hahaha Aku siap bawak balik untuk family aku, nak beli banyak - banyak dalam pack korang boleh beli dekat Lotte Mart. Lotte Mart mana - mana pun sama tapi aku beli dekat Lotte Mart near Seoul Station. Sepanjang 6/7 jam dalam flight Seoul - Malaysia, bersyukur sangat susu nie tak pecah or tak tumpah atau apa - apa pun. Family aku suka gila susu nie siap berebut nak minum. Dekat Malaysia celah mana ntah nak dapat. Ada memang ada tapi packaging lain. 



Satu lagi yang ktorang selalu makan as breakfast adalah bokumbap nama dia kot. hahaha aku tak pasti pulak nama tapi aku panggil nasi segi tiga. Kenyang weh makan nie sahaja as breakfast. Beli dekat GS25 jugak harga dalam 800won ada yang 1,000 won. Nak beli bokumbap nie kena tengok samada tuna atau tidak. Korang hanya boleh makan tuna dan sambal je, yang lain jangan beli. Nak taw tuna ke tak, tengok ada gambar ikan dekat packaging. Aku pernah terbeli daging punya tapi nasib baik Allah Swt nak tunjuk, before bukak nak makan, aku tunjuk mimi lagi sekali betul ke nie tuna, then bila mimi baca rupanya daging. So what should I do selain membalingnya ke tong sampah. hahaha :D


Nanti aku sambung part ke - 2 pulak ye.


0 biji dragon ball:

Post a Comment