Wednesday, February 29, 2012

Susah tak nak dapatkan kepercayaan ibu bapa?

Assalamualaikum   =)


kepala aku tengah bengong sebab baru lepas borak dengan SimSimi. Bengong punya application. Lagi stress cakap dengan dia. Hari nie tiba tiba aku nak buat entry motivasi sikit. Tak bermotivasi pun sebenarnya cuba sekadar nak share. 


Btw, aku rasa syukur sangat sebab aku memang dapat kepercayaan dari parents aku. Parents aku tak penah kata "tak boleh" kalau aku nak keluar. Sometimes aku rasa macam depa nie tak sayang aku ke kan. Tapi rupanya, dorang percaya dengan apa yang aku nak buat. Bila parents percayakan kau, sure kau akan rasa selamat, :D


Meh aku nak share tips how to get kepercayaan parents, 


Cara nak dapat kepercayaan parents :

# papehal kau kena jujur. kau nak pegi mana, dengan siapa baik kau bagitaw jujur sebab insting parents nie kuat taw lagi lagi emak. percayalah cakap aku :)


# kenalkan siapa kawan kawan kau. kalau rumah kau ada event macam open house ke, kau wajib invite and paksa kawan kawan kau datang. hahaha dari situ kau boleh kenalkan kawan kawan kau dengan parents kau. Lagipun kita boleh kenal orang bila kita tengok kawan - kawan dia kan? :D


# jangan sesekali tipu dorang ! okay nie kes serius, kalau kau tipu parents kau cakap yang kau keluar dengan si A tapi sebenarnya kau keluar dengan si B memang kau cari nahas derr ~ memang kau dengan sendiri nya merobek (apehal guna ayat nie?) dengan sendiri nya menghancurkan kepercayaan parents yang dah di beri.  jangan cari pasal derrr ~ 


# selalu bercerita pasal kawan korang yang keluar sekali dengan kau. secara tak langsung parents akan ingat siapa kawan kau tu. Tapi janganlah bercerita hal buruk pasal kawan kau tu. Nanti susah pulak nak yakinkan parents yang kawan kau tu okay actually.


# Ikot cakap parents. Kalau parents kau kata no, so no la jawapan kau. Bila kau follow cakap depa, Insya Allah depa akan cakap kau anak yang baik. :D


aku penah ada pengalaman tipu mak aku. hahaha okay nie bukan funny eh mira. Masa tu aku nak keluar dating, (hahaha) tapi entah tiba tiba mak aku tak bagi. Aku dah pelik dah asal la mak aku tak bagi. Aku bagitaw mak aku yang aku keluar dengan kawan, tapi actually aku dating. Then aku keluar jugak masa mak aku pegi keje. Sekali kau, dalam train, dalam bus, setiap jam la senang cerita mak aku call. Tak ke seram aku rasa macam mana mak aku taw aku dekat luar. Insting kuat bebonar. Sejak tu aku tak berani lagi nak tipu parents aku :D

Aku mengaku aku jenis selalu keluar. Tak kesahla samada aku keluar dengan kawan atau kawan aku yang ajak keluar. Bila kawan aku ajak keluar, dorang akan pick up aku dekat rumah. Kejap aku keluar dengan A, kejap dengan B, kejap lagi dengan C, esok pulak dengan D, lusa dengan E sampai adik aku kata banyak sangatlah kawan kau kak, tapii parents aku tak risau even aku cakap aku balik lewat sebab parents aku kenal aku keluar dengan siapa. :)

Yang sampai sekarang aku tak berani nak buat ialah, jemput orang yang aku sayang dekat rumah. Aku cuak kantoi dengan parents aku, hahaha macam aku cakap tadi, insting parents kuat. Aku taknak parents aku taw siapa that 'boy' yang aku sayang. Wa tak ready lagi nak bawak jumpa parents derr.. bagi wa bila dah bawak jumpa parents, wa dah ready nak kahwin. hahahaha :D


nah nie hasil perbualan aku dengan si SimSimi, famous jugak Aaron Aziz nie. Si SimSimi ni pun pandai nanyi taw, :P




0 biji dragon ball:

Post a Comment