Wednesday, February 29, 2012

Susah tak nak dapatkan kepercayaan ibu bapa?

Assalamualaikum   =)


kepala aku tengah bengong sebab baru lepas borak dengan SimSimi. Bengong punya application. Lagi stress cakap dengan dia. Hari nie tiba tiba aku nak buat entry motivasi sikit. Tak bermotivasi pun sebenarnya cuba sekadar nak share. 


Btw, aku rasa syukur sangat sebab aku memang dapat kepercayaan dari parents aku. Parents aku tak penah kata "tak boleh" kalau aku nak keluar. Sometimes aku rasa macam depa nie tak sayang aku ke kan. Tapi rupanya, dorang percaya dengan apa yang aku nak buat. Bila parents percayakan kau, sure kau akan rasa selamat, :D


Meh aku nak share tips how to get kepercayaan parents, 


Cara nak dapat kepercayaan parents :

# papehal kau kena jujur. kau nak pegi mana, dengan siapa baik kau bagitaw jujur sebab insting parents nie kuat taw lagi lagi emak. percayalah cakap aku :)


# kenalkan siapa kawan kawan kau. kalau rumah kau ada event macam open house ke, kau wajib invite and paksa kawan kawan kau datang. hahaha dari situ kau boleh kenalkan kawan kawan kau dengan parents kau. Lagipun kita boleh kenal orang bila kita tengok kawan - kawan dia kan? :D


# jangan sesekali tipu dorang ! okay nie kes serius, kalau kau tipu parents kau cakap yang kau keluar dengan si A tapi sebenarnya kau keluar dengan si B memang kau cari nahas derr ~ memang kau dengan sendiri nya merobek (apehal guna ayat nie?) dengan sendiri nya menghancurkan kepercayaan parents yang dah di beri.  jangan cari pasal derrr ~ 


# selalu bercerita pasal kawan korang yang keluar sekali dengan kau. secara tak langsung parents akan ingat siapa kawan kau tu. Tapi janganlah bercerita hal buruk pasal kawan kau tu. Nanti susah pulak nak yakinkan parents yang kawan kau tu okay actually.


# Ikot cakap parents. Kalau parents kau kata no, so no la jawapan kau. Bila kau follow cakap depa, Insya Allah depa akan cakap kau anak yang baik. :D


aku penah ada pengalaman tipu mak aku. hahaha okay nie bukan funny eh mira. Masa tu aku nak keluar dating, (hahaha) tapi entah tiba tiba mak aku tak bagi. Aku dah pelik dah asal la mak aku tak bagi. Aku bagitaw mak aku yang aku keluar dengan kawan, tapi actually aku dating. Then aku keluar jugak masa mak aku pegi keje. Sekali kau, dalam train, dalam bus, setiap jam la senang cerita mak aku call. Tak ke seram aku rasa macam mana mak aku taw aku dekat luar. Insting kuat bebonar. Sejak tu aku tak berani lagi nak tipu parents aku :D

Aku mengaku aku jenis selalu keluar. Tak kesahla samada aku keluar dengan kawan atau kawan aku yang ajak keluar. Bila kawan aku ajak keluar, dorang akan pick up aku dekat rumah. Kejap aku keluar dengan A, kejap dengan B, kejap lagi dengan C, esok pulak dengan D, lusa dengan E sampai adik aku kata banyak sangatlah kawan kau kak, tapii parents aku tak risau even aku cakap aku balik lewat sebab parents aku kenal aku keluar dengan siapa. :)

Yang sampai sekarang aku tak berani nak buat ialah, jemput orang yang aku sayang dekat rumah. Aku cuak kantoi dengan parents aku, hahaha macam aku cakap tadi, insting parents kuat. Aku taknak parents aku taw siapa that 'boy' yang aku sayang. Wa tak ready lagi nak bawak jumpa parents derr.. bagi wa bila dah bawak jumpa parents, wa dah ready nak kahwin. hahahaha :D


nah nie hasil perbualan aku dengan si SimSimi, famous jugak Aaron Aziz nie. Si SimSimi ni pun pandai nanyi taw, :P




Tuesday, February 21, 2012

Tak susah nak terbitkan rasa sayang

Assalamualaikum   =)

Nie bukan entry pasal girlfriend, boyfriend, admirer, or what ever you call it but nie pasal kasih sayang yang aku rasa aku tak penah imagine akan ada dalam diri. :D Frankly, kali nie nak cakap pasal kucing. wehooo ~ since when you, no I mean my self (wth jadikan diri sendiri pihak ke tiga?!) suka kucing haaa?!


Those yang kenal sangat Amirah Syafiqah, dorang sure tahu yang aku nie memang tak suka kucing. Yeahh even kucing one of the binatang kesayangan Nabi Muhammad SAW. Aku takde kisah buruk pun dengan kucing. Tak penah kena cakar, kena gigit or pape je yang boleh membuatkan jadi tak suka kucing. Aku tak suka kucing pun, taklah sampai tahap jumpa kucing je aku sepak, tu kejam sangat tu der.. wa ada hati and perasaan lagi dekat binatang nie. :D


Aku punya allergic dekat kucing, sampai kalau makan dekat kedai then ada kucing bawah meja, memang aku lipat kaki bersila atas kerusi sebab takot kucing punya pasal. Sometimes, bila kucing tu datang dekat dengan aku then meow meow meow, memang aku alih tempat pegi kat tempat lain. Bagi aku, setiap kucing yang pandang aku, aku rasa dorang akan cakar aku. (^&%$#@!)


Aku still ingat masa aku form 5, classmate aku ambik kucing nak bagi kat aku, aku tak sure dia nak campak kat aku dengan niat nak takutkan aku atau saje nak test aku nie betol betol penakut kucing atau tak, bila aku nampak dia masuk kelas dengan kucing dekat tangan, jalan ke arah meja aku dengan muka jahat dia, memang aku bangun lari keliling kelas sambil jerit


" kau memang #$%^&*@! la weyh! "


itu masa form 5, even kawan kawan aku cakap cutenyer kucing tu mira, manja nyer kucing tu, lebatnya bulu kucing nie, aku still dengan ego yang tinggi di mana aku tak penah rasa kucing tu comel. Even kucing parsi yang bulu lebat tu, aku rasa kucing tu biasa je. Part mana yang comel pun aku tak taw. See how 'dungu' me about kucing. Tapi benda nie berubah masa aku cuti sem 4 bulan tahun lepas. :D


Jiran rumah aku (also my cousin) setiap rumah dorang akan ada kucing. paling sikit pun tiga dan rumah aku, memang say no to kucing la even tina dengan apit okay dengan kucing. Yang lain memang tak beberapa nak suka la kucing kalau ada dalam rumah. Tapiiii ada sekor kucing nie yang berani masuk rumah aku meow meow dekat mama mintak makanan. Selama nie tak penah ada kucing yang berani masuk rumah.


Aku tak beberapa nak kesah sangatlah kalau kucing datang mintak makanan, kalau ada ikan aku bagi, kalau takde, tak bagi. Simple like that. Kucing yang nie, nama dia Comot. Lepas makan, mesti dia duduk dapur teman mama masak. Dia akan duduk diam, bila suruh duduk comot nie duduk, senang cerita comot nie senang nak bagi arahan and patuh dekat arahan.


Lama - lama, bila aku tengok adik adik aku bagi arahan suruh duduk, suruh makan, suruh pegi depan, comot ikot, waktu tu aku rasa "ehh kucing ni baik, dia dengar cakap" so itu attraction comot yang pertama. Then bila sadiq belai belai bulu, comot dengan manja nya guling sana guling sini, bila sadiq baring, comot datang dekat baring sebelah sadiq and for me its soooooooo manja la weyh... Then bila aku beranikan diri pegang bulu kucing, comot give positive reaction and I was like, eeeeeeeeiiii baiknya kucing nie !


Comot nie sangat manja, kalau ada orang baring, dia akan datang dekat baring dekat sebelah. Bila dia nak tido, dia akan pastikan ada orang dengan dia. Kalau comot tido sorang, dia akan cari orang and tido sebelah kita. Now, setiap malam aku akan panggil comot masuk rumah, tido dalam sebab comot nie kaki gado. Kalau dia tido luar, esok pagi bila masuk rumah nak makan, mesti badan penuh dengan luka sana sini. Then bila comot tido dalam, dia mesti akan tido dekat depan sebelah apit or aniq. Penah jugak dulu, pintu bilik aku terbukak and bila aku bangun dari tido, sebelah aku comot. Tak ke terkejut jantung aku lepas tu. hahaha :D


Btw, jangan tanya aku cara nak menjaga kucing dengan jayanya. Aku memang taktaw, aku hanya tahu beli whiskers. Part kebersihan diri kucing macam kencing and so on, comot akan buat dekat luar rumah. Part mandi kan comot, cousin aku akan mandi kan sebab comot nie jantan dan dia sangat garang. Kalau dia tak suka, dia akan cakar. Until now, aku hanya bagi dia makan, belai bulu dia, and make sure dia tido. Insya Allah kalau ada rezeki aku nak pegi bawak comot dekat grooming class for cats, :D


and here it is,  




garang, gemok, degil, and ekor kontot. :D


One more thing about comot, dia kuat merajuk. Kalau aku marah dia sebab gado dengan kucing lain, mesti dia lari pegi dekat teman lain then buat muka sedih dia. Paling teruk dia akan keluar then lepak dekat tembok depan rumah aku. Nak pujuk dia, kena cakap elok - elok, belai bulu dia, baru dia nak masuk rumah. eeeeiiii manja kemain ! Hari tu kawan aku datang rumah and bila aku bukak pintu, comot datang nak masuk. Kawan aku tegur,



"gemoknyer kucing nie mira, bagi makan apa nie?"


aku bagi whiskers je and sometimes tukar selera pegi Pro-Diet. Siapa yang minat kucing sure taw makanan kucing kan.


dan perubahan yang aku rasa dekat diri aku, kalau aku jumpa kucing dekat tepi jalan, aku akan meow meow dekat kucing tapi aku still tak berani nak pegang or peluk kucing ehh. Senang cerita, aku taklah terok macam dulu yang sampai tak boleh jumpa kucing. :) See, manusia boleh berubah. Dulu yang tak penah suka akan jadi suka dengan izin-Nya. Jangan di paksa sebab ia akan datang sendiri sama seperti jodoh. (apesal tiba tiba masuk hal jodoh nie mira?!)

Sunday, February 19, 2012

Bamboo Thai,

Assalamualaikum   =)

Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari, :P





It was happen last thursday, 16.02.2012  ktorang dapat invitation di mana ada orang nak belanja makan ! hakhakhakhak  :D






ktorang pasal makan memang selalu on. weeee ~














Rasa dia, sedap jugak. Owhh yang nie ktorang makan dekat Bamboo Thai dekat Gombak Prima. Borak borak until 11.20pm where balik 10minit before kedai tutup. Staff tengah kemas meja, ktorang still borak dengan rancak nyer sebab dah lama tak lepak borak borak macam nie. Cerita pasal banyak benda, pasal hal dunia, study, owhh isu amalina che bakri pun include sekali. :P 

Sampai rumah pukul 12 midnight after drop iqa. Waktu on the way balik, punya la banyak doa yang di baca sebab dahla sorang, wa cuak ada orang tumpang je nanti and Alhamdulillah, nothing happen. :D




Ha, inilah the person yang bermurah hati nak belanja. hihihihi dia cakap, kalau dah dapat keje, memang niat nak belanja kawan kawan. sumpah terharu, tak sangka ada kawan yang bermurah hati (stop drama !) :D


And, thankyou so much zain ! kenyang aku dengan iqa malam tu. ktorang simpan perut taw semata mata kau nak belanja makan. hakhakhak btw, aku rasa bersyukur sangat dapat kawan yang memahami ktorang yang masih student lagi, takde income lagi, yang sudi belanja. Even sekecil kecil zarah dan sebesar - besar aku, Insya Allah aku ingat :')

Bukan zain je, banyak lagi kawan - kawan aku yang tak perlulah nak mention nama dorang, Insya Allah aku akan balas balik jasa korang nie. The more you give, the more you get back. :D Tunggu aku keje, waktu tu aku pulak hulur duit belanja korang okay ! Keep my words, :)

Friday, February 17, 2012

Kenapa salah minum berdiri?

Assalamualaikum  =)

Kenapa salah minum berdiri? memang setiap kali nak minum kena duduk jugak ke? Kalau tak duduk dosa besar eh? Bukan kalau minum berdiri air senang masuk dengan jayanya terus ke perut tanpa melalui tol ( ???? ) kan? Nie yang aku selalu tanya dekat diri sendiri la sebab aku pun jenis minum berdiri. Senang cerita aku minum duduk masa tengah makan je. Kalau aku stop dekat petronas beli air ke, memang aku minum masa tu jugak. hakhakhak :D

Btw, aku penah baca dekat facebook yang "larangan minum berdiri" tapi aku ignore je link tu sebab aku rasa takde pape pun. Aku rasa macam benda kecik je. Tapi di sebabkan aku ignore, lama lama aku terpikir balik bila aku minum berdiri. Aku teringat link yang orang share kat facebook, kenapa di larang minum berdiri eh? ada kesan pape ke kat dalaman kita? Then aku cari balik link tu, tak jumpa plak.

Then akhirnya aku jumpa balik link lepas seminggu aku cari. hahaha meh aku nak share benda nie dekat korang, kalau dah baca, alhamdulillah, kalau belom, mehh aku nak share sikit, 



Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri???

Ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal.

Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bgi umatnya!
Terapi air putih : JANGAN LUPA BANYAKKAN MINUM AIIR MASAK..

1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur.. 
dapat membersihkan organ-organ internal.

2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan.. 
dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal.

3. Minum segelas air sebelum mandi..
dapat menurunkan tekanan darah.

4. Minum segelas air sebelum tidur.. 
dapat mencegah stroke + serangan jantung.



"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali 
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh 
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran". 
~Surah Al-'Asr.




agak melampau je maksud gambar nie. macam haus sangat. hahaha
*google*






kira dah dapat kan apa sebab nya kita kena minum duduk. Aku pun tengah practice diri asal minum je kena duduk. Kalau tak dulu aku bantai je. hahaha  Jom, practice make perfect ! :D




sumber : love love islam

Sunday, February 12, 2012

Wedding shah&azie

Assalamualaikum   =)


Venue : USJ 4
Date : 05.02.2012




 Belah perempuan. :D



























eeeeeiiiii comel nyerrrrrrrrrrrrr !!!!!!!


 Dayang of the day.





cute nyer aina ! :D



 Nampak tak panas terik?! nampak tak?!! 








 pakpek, paklil, mama ateh - missing. :P




si kenit adni yang asyik lentok tidoo. 
Bak kata cuna, rasa syahdu je bila adni lentok. :D



aku suka gambar nie sebab semua tengah gelak tapi aku tak ingat gelak sebab apa. hakhakhak



 Dah petang, dah penat.

 pengantin pun dah penat. 
ehh kenapa muka ateh macam .......


 rasa tina MACAM comel pulak dalam gambar nie. :P










 kemain happy lagi ateh, heh





 Suka gambar nie. :)









tak paham kenapa banyak gambar adni. hahaha :D Ramai jugak datang sebab hasil bungkusan ktorang terjual dengan larisnya. :P owhh, thanks avliya sebab sudi datang. Avliya nie roommate aku :) Family mama ateh dah habis semua selamat nikah, maka siapakah seterusnya???

*masalah sekarang, aku cousin perempuan paling tua lepas kakyong. cisssss*


Thursday, February 9, 2012

Stress Relief

Assalamualaikum, =)


Venue : Taman Tasik Perdana (Lake Gardens)




















nampak tak expressi melampau di situ. 









"Mira cuba kau angkat tangan buat tanda happy sikit ! "
baik buk, kena paksa. :P



Budak nie tak payah di paksa buat buat happy. hahaha :D




tak sedar dah besar, nak main playground jugak. 







Walaupun muka kau pelik, tapi aku suka gambar nie. hakhakhak :D










Benda nie bergoyang habis. Bila aku try diri tegak, goyang dia macam gempa bumi. Aku dah taw apa perasaan rasai gempa gumi. =.=





 Dekat Lake Gardens nie, ramai gile orang buat wedding photoshoot. Ada dalam 3, 4 pasangan la aku jumpa. So kiranya, kalau korang nak buat wedding photoshoot, Lake Gardens ada. :D




Haiii, meet Zara. Cousin iqa. :D



It's just another way nak reduce stress nyer duduk rumah tanpa buat apa apa keje. Main playground. Owhh thankyou iqa sebab sudi teman walaupun agak pelik tiba tiba aku ajak pegi Lake Gardens even both tak pernah jejak sana. Hakhakhak :D