Monday, May 2, 2011

Everything about Part 6,

Assalamulaikum...


cuba tengok blog archive belah kanan tue, cuba kira bape kali ke aku post untuk bulan March dengan April. bhahaha.. nampak sangat tak update blog. maaf di pinta. hope memahami life sebagai student lagi lagi final semester. :) okay cuti 4bulan insya Allah boleh update banyak. btw, habis paper 30hb tapi safely arrived at gombak hari ahad petang because of sabtu malam ada makan - makan dengan budak kelas. last and gonna miss youu.. okay yang tue cerita lain kali. aku rasa seminggu nie aku nak cerita pasal part 6 jeee.. :D



entry kali nie nak kata aku dedicate dekat those yang akan di ceritakan tak jugak sebenarnya. habis paper legal tepat pada pukul 5.30ptg, semua bersorak rasa gembira sebab selama 3 tahun yang sangat mengajar apa itu erti kehidupan berakhir. 3 tahun jugak aku tunggu nak saat aku habis diploma and grad on time. Ameen... keluar dewan je, semua dah peluk peluk nanges. OMjayyy.. apa nie? mula mula aku gelak la jugak tengok sebab macam pending. sekali baru sedar aku dah habis diploma session rupanya. T___T









waktu tue baru sedar yang percent nak jumpa mereka semua balik bukan senang lagi - lagi yang bukan duduk Selangor @ KL. even classmate aku 90% orang Selangor dengan KL tapi yang selebihnya orang Johor dengan Negeri Sembilan. Susah nak jumpa dayah, suatika, faina dengan mewa. yang laen insya Allah boleh jumpa dekat sini. :)






masa semua peluk peluk minta maaf halal kan semua, aku pulak macam heartless. hahaha.. nak nanges tapi tak nanges. yelaaa takkan aku nak paksa air mata keluarkan. waktu tue rasa marah sangat dekat diri sendiri, what the helly nie mira. macam takde perasaan sedih je kau nie. kalau ada yang perasan dah boleh tampo aku dah masa tue. hahhaa.. mungkin ego. yeahh.. 


tapi finally before nak tinggalkan DSP tue, nanges la jugak akhirnya. waktu nak ambik duit dari evra, evra tegur kata jangan nanges la weyh...


"muka ganaz tapi hati cute"


memang free je aku bagi balik 'kepalahotakkau' hahaha... then jumpa razak dengan kaki yang masih berbalut. thanks la razak, tolong aku belikan emping. kau orang pertama panggil aku jongang. haha... sampai bila - bila aku akan ingat kau sebab panggil aku jongang. then tolong suatika angkat barang semua, salam - salam everything. nanges jugak akhirnya aku dekat suatika. sedih dowhh... sape nak buatkan air nescafe 'O' yang sedap macam suatika buat? sape nak layan karenah aku setiap kali aku tension baca buku then lepak bilik dia. sape yang akan gelak setiap kali aku buat lawak tak jadi. hahaha.. sumpah rindu kauu ! btw, suatika dah bertunang. lagi sebulan akan jadi isteri orang. OMjayyy..akan jadi Pn Suatika lepas nie. :)



next, bila hantar melor balik yang aku rasa aku nanges rindu dari hati. melor duduk pahang. melor sambung degree dekat pahang. bila lagi nak jumpa melor? :( sayang kau lo.. salam balqis. then salam atiq. insya Allah boleh jumpa dorang sebab both duduk Selangor je. malam pulak lepak dengan budak kelas. makan sama - sama. borak gelak sama - sama. sumpah rindu ! hantar anis balik malam tue jugak, harapan takmau nanges sebab tumpang dhamiri lepas makan tue. dahla syuk ada sekali. tapi segamat banjir lagi. sedih sebab lepasnie bukan senang nak jumpa anis. :'( dalam kereta for sure la kena tegur dengan syuk and dhamiri. bila aku diam baru dorang diam. taw takot.. haha.. tapi masa tue kalau dorang tegur lagi sekali, memang banjir kereta mimi aku buat. :P



bila ayah ambik semalam, aku rasa berat hati sangat nak tinggalkan Segamat. UiTM Segamat, Johor stay dekat situ. tak pindah - pindah tapi student dia yang datang dan pergi. kalau dulu mula - mula nak daftar rasa macam berat hati aku nak pegi Segamat. aku boleh hidup ke dekat sana? dahla takde wayang, takde LRT, tapi sekarang aku yang taknak tinggalkan Segamat. dulu kutuk - kutuk Segamat sebab rasa tempat tue kuno gileee! tapi sekarang, Segamat is the best. :)



pagi tue, dayah datang salam. aku yang tengah tido lagi masa tue sumpah terkejut bila dayah kata nak balik dah. akan rindu dayah yang mulut bising. hahaha... soriii dayah sebab kau datang masa aku tengah mamai - mamai bangun tido. dengan tak mandi nyer then salam kau, hahaha.. geeeli je rasa. :D



bila nak balik petang tue salam nad, masih dengan harapan beserta ego supaya tak nanges la kan sebab before tue pegi lunch sama - sama boleh gelak - gelak lagi. tapi sekali maaf segamat, banjir lagi. sayang kau nad. ♥ tengs for everything. ada rezeki kita degree sama - sama. :) salam faina dengan roommate - zue. salam zue pun sedih. haha.. lawak pulak aku rasa. selama nie nanges sorok - sorok dalam bilik sekali kantoii jugak depan dia yang aku nanges. haha.. thanks for everything zue. 5 bulan jadi roommate orang, terima kasih sangat - sangat. :)



zue


masa dah keluar dari gate pakguard, aku msg leen mohon maaf semua. even malam tue after makan dah peluk peluk minta maaf tapi aku tak nanges ag. bhahaha.. leen je nanges. heeee.. tapi aku kalah jugakla akhirnya bila baca msg yang kau replay. aku sayaaaangg sangat dekat kau leen. kau selalu backup aku tak kesahla tengah up or down. bila gelak - gelak dengan kau, aku rasa macam aku takde masalah je. kadang - kadang aku rasa kau macam kakak aku. backup aku everything. bagi semangat dekat aku setiap kali aku tension baca buku. dan aku taw aku boleh gelak kuat - kuat bila dengan kau. :')


after that aku msg zaki. malam tue aku sedih gilee sebab lepas nie dah tak jumpa zaki. faina yang tido dengan aku malam tue pun pelik sebab banyak kali aku bagitaw dia



"faina, nanti aku rindu zaki laa.."



malam tue tak lepak sekali dengan dorang sebab dorang pergi funfair. aku dengan anis balik dulu. aku rasa rindu dekat zaki sebab zaki banyak tolong aku. even kadang - kadang dia berlagak nak mampos dengan 3.8++ dia tapi benda tue tak rasa annoying bila zaki yang berlagak. haha.. zaki humble, zaki banyak tolong aku, zaki macam cikgu aku sebab bila aku tak paham, dia orang pertama yang aku akan contact. zaki tak kedekut ilmu. zaki akan ajar aku sampai paham. kalau aku tak paham then msg dia pukul 2pagi, pukul 2pagi jugak dia call aku. sampai kadang - kadang aku panggil dia cikgu. :') dengan zaki senang nak deal, senang nak nego. dan sampai bila - bila aku takkan lupa bila zaki bagitaw aku



"mira, awek aku jeles dengan kau"



OMjayy piqa..!!! hahaha.. suppose kena proud sebab dapat zaki as boyfie. zaki setia dan zaki mesti cerita pasal awek dia. :) bila msg zaki mintak halal semua then zaki replay, sumpah sedih gileee. penat aku tahan air mata dalam kereta. serius nie, terima kasih banyak - banyak ki. dari part 1 sampai part 6, halalkan semua ilmu yang kau ajar aku. dan aku akan ingat msg kau. even aku rasa lawak sebab kau kata macam tue tapi aku setuju...



"setiap yang ada pasti akan pergi, kite mesti teruskan perjuangan"



those yang tak di sebutkan nama bukan mereka tak penah tolong aku ke hapeh. semua penah tolong aku. semua penah berada saat susah dan senang aku. aku sayang semua. ♥ ♥ ♥ mereka antara orang - orang terakhir yang aku jumpa. yang aku rasa setiap saat tue sangat berharga. 



syuk dengan dhamiri pun antara orang terakhir aku jumpa. thanks syuk sebab kau penah tolong aku bagi cop JPA free. haha.. papehal boleh contact. :D



thanks jugak pada mimie. kau pun orang yang banyak tolong aku lepas zaki. kau takpenah berkira dengan aku sebab kadang - kadang kau taknak duit sampai aku kena mintak tolong evra masukkan duit dalam wallet kau. kau ambik aku dari depan kolej then hantar sampai depan pintu rumah. kau takpenah nak marah kalau aku bising dalam kereta. kau takpenah nak marah bila aku tukar channel radio sesukahati aku je gaya macam kereta tue aku yang punya. haha... kau takpenah nak marah bila aku kata lagu - lagu yang kau burn semua layak jadi lagu tido aku je. :) kau takpenah nak marah bila aku yang berjanji dengan suatika nak tolong dia tapi aku libatkan kau. heeeee. 



kau takpenah nak marah bila aku taknak pegi kedai makan mana - mana selagi tak jumpa kedai makan gred B dan ke atas sedangkan kau yang lapo. kadang - kadang bila aku tension dalam kereta, kau akan cuba buat aku bercakap sebab aku akan senyap je bila aku tension. kau takpenah marah bila aku kata kereta kau kotor dan kereta kau buruk sebab tak pasang spoiler. hahaha...



tapi, aku takpenah takot bila kau bawak laju. aku takpenah nak rasa kecut perut bila kau main potong - potong dekat jalan tangkak yang simpang siur tue sebab kau drive macam bapak aku. even though kau punya 'P' pun tak habis lagi, haha tapi aku tak takot dengan cara kau drive even kau pecut atau kau main 'cucuk-cucuk' dekat highway. thanks a lot mie. halalkan jugak segala ilmu yang kau ajar aku. lepasnie dah tak rasa naik kereta neo kau lagi. :)


last but not least, past is past. yang lepas tue kenangan yang tak mungkin akan di ulang balik. masa habis form 5 pun sedih macam nie tapi tak sesedih nie sebab mereka duduk dekat sekitar rumah sahaja tapi bila dah masuk Uni, kawan datang dari seluruh negara. bukan senang nak jumpa dan masa dah masuk Uni, pikiran dah matang. tak macam sekolah menengah. bila masuk Uni baru rasa hidup berasrama. baru rasa sharing is caring. baru rasa susah senang nak berjaya sebab kalau dekat sekolah dulu cikgu suap je. bila dah masuk Uni, baru sedar yang diri ini makin dewasa dan tahun nie dah 21tahun dah. masuk Uni dengan perasaan budak - budak remaja yang masih mencari arah hidup dan bila dah habis diploma, baru sedar yang diri ini makin matang tanpa sedar. 


GONNA MISS YOU. 
JUNE 2008 - APRIL 2011
3 TAHUN YANG SANGAT MENGAJAR APA ERTI KEHIDUPAN. 
FRIENDS FOR EVER
DIBA IS THE BEST
:')

2 comments:

  1. kjap je kan rasenye...pejam celik,pejam celik..hbis da diploma upenye..emm..

    ReplyDelete
  2. betol...
    dulu kata 3tahun tue lama,
    sekarang 3 tahun macam 3 minggu je rasa.

    ReplyDelete