Monday, May 9, 2011

Dinner for the last time

Assalamualaikum...

Hari nie panas gileee kan ! Bukan hari nie je, hari - hari laen jugak. Asal petang je, aku mesti curik - curik bukak aircond sebab ayah kata on aircond malam je. Elehh, sebenarnya dia nak cakap on aircond bila ayah ada je. hahaha... tapi di sebabkan waktu siang aku jadi seorang bibik-yang-kemas-rumah-atau-seorang manusia-yang-duduk-rumah-sebab-kawan-tak-text-ajak-keluar-lagi hahaha.. so asal lepas zohor je aku on aircond. :P

Hari nie aku bermaen dengan Tumblr. apa tue? check out my social networking atas tue click it and read it. :D takde hati sebenarnya nak post pasal dinner nie tapi bila aku cucuk external, bukak folder gambar tengok gambar nie, rasa rindu maka decide nak post. Here kawan - kawan,

Idea datang dari leen. Then leen call aku 10minutes after ktorg jumpa. :P dengan suara lembutnya cakap

"mira jom ajak budak kelas makan dekat luar"

"jom... aku on je. kau bagitaw yang laen"

"alaaa, kau la tolong aku."

"aik? takpun bagitaw mok, biar mok settle"

"kau la tolong bagitaw mok."

lepas di pujuk - pujuk, okayla aku tolong. haha ade kew tolong lepas kena pujuk. pangg sekali.

"okayla, aku bagitaw mok. kau settle budak perempuan, aku settle budak laki. deal?"

"deal !"

lajuu aje leen jawab deal masa tue. before call mok punyala banyak aku baca jampi serapah dekat phone masa tue. ade ke dekat phone? haha then bagitaw mok and the rest. Semua on je. Dhamiri yang nak balik after final petang sabtu tue aku paksa balik lambat. haha kejam mira kejam. Bila semua dah on, everything dah settle, so lets go.

Ehh wait, di sebabkan guys kelas aku ada kereta, kereta Zaki, Kashfi dengan Dhamiri so aku take advantage la di situ. Aku buat sesi menjimatkan duit sebab masa tue aku pun tengah pokai. Macammana? Aku sumbat semua classmate aku dekat tiga-tiga kereta tue. Hahaha... dia depend pada owner kereta nak charger ke tak. Tapi bukan semua classmate aku pegi. Dari 21 orang yang pergi hanya 15orang + 1 je. Yang laen semua ada hal.  Btw, nasib baik nad bagitaw aku yang zaki balik kL nak tukar kereta. Takkan aku nak tanya zaki direct kan dia bawak kereta apa last - last aku tanya mok. Lepas dipaksa baru mok bagitaw

"Zaki bawak MyVi"

okayla sebab MyVi tue lagi besar dari Neo CPS dia. Nak kena mention CPS ke mira? :P kira MyVi boleh sumbat ramai orang dari Neo. then malam dinner tue, aku, nad, anis, xyren, dengan atiq boleh lepak dekat surau Zamrud makan laksa sedappppp gileeeeee yang mak atiq belikan. :D pukul 7.30malam zaki call, dahla mulut tengah penuh dengan laksa masa tue, soalan pertama dia

"hello ASJ, dah semayang magrib?"

bapak tersedak aku masa tue. hahaha sengal punya zaki. Aku pun dengan jujur nya

"belom. tengah makan"

"woiii kejap lagi kau nak pegi makan kan? skang makan lagi?"

dia taktaw yang laksa tue aku share dengan nad and anis. tiga - tiga berebut. tapi serius bapak sedap la laksa tue. dah akhir sem baru nak merasa laksa jementah yang sedap gileee tue. then bila zaki taw aku tak siap lagi, terus dia kata

"kalau aku sampai kau tak turun lagi, TINGGAL ! "

kelam kabut aku, nad dengan anis tinggalkan laksa sebab masa tue jam dah pukul 7.40malam. Janji pukul 8.00 malam. hahaha... sedap gilee laksa tue sampai takleh tinggal. Tapi ktorang semua turun tepat pada masanya sebab zaki pun baru je sampai. Before aku keluar bilik, aku call zaki sebab aku dah pikir dah masa tue, kalau zaki tak bawak mok sekali dalam kereta, kira space nak sumbat classmate aku tue cukupla tapi sekali bila zaki kata dia bawak mok sekali, aku rasa macam nak debik - debik je mok masa tue. sepanjang perjalanan ke post-pakguard tue aku pikir camne nak sumbat semua orang. so aku rasa ada satu kereta yang akan ulang dua kali. Masa tue memang aku marah dengan mok. hahaha...

Tapiiiii, bila dah sampai je dekat bus stop dekat luar pagar UiTM tue, ada kereta dhamiri dengan kashfi je. then ada satu kereta yang tidak dikenali tapi no plat kL joint sekali dengan dorang. Aku cari kereta MyVi takde pulak.Yang gurls semua dah tanya aku mana zaki. Sama macam mok jugak, masa tue aku rasa nak debik - debik je zaki sebab tak sampai lagi. Sekali bila si driver kereta-yang-tak-dikenali-tapi-no-plat-kL tue keluar, OMjayyy tue zaki laaa!!!! Zaki tak bawak MyVi laa ! Zaki bawak STAREX laaaa!!! paham tak STAREX??? S.T.A.R.E.X okay dah paham. hahahaha... nie bukan MyVi, nie dah adik beradik Alphard tapi lagi besar dari Alphard ! hahaha.. boleh tak masa tue semua serbu kereta zaki dan langsung tak pandang kereta Dhamiri dengan Kashfi? haha.. sumpah lawak sampai kash kecik ati takde sape nak naek kereta dia. :P

Patutla Zaki bukan maen yakin je cakap dengan aku cakap yang dia boleh sumbat 1 kelas masuk kereta dia sebab dia kata dia bawak kapal terbang. Aku dalam hati

"zaki nie maen - maen nie. gebang je lebih"

haha tapi aku rasa aku kena mintak maaf dekat zaki sebab aku kata dia gebang dan aku kena minta maaf dengan mok sebab aku kutuk dia because of kalau mok tak ikot zaki sure kereta muat. :D Okay penat bercerita jom scroll tengok gambar,








dalam kereta bapak bising la. semua excited. haha yang aku pulak rasa macam balik kampung je naek kreta Starex zaki. Zaki bukak CD konsert MJ. Boleh tak masa nie aku rasa macam Zaki bawak anak - anak pegi jalan sebab anak - anak bising gile excited semua gaya macam abah beli kereta baru dan Mok adalah mak. bhahaha! Soriiii mok, peace. :D


nad memang selalu jadi mangsa aku bawak beg camera, :)



















 Dia drive Starex tapi dia makan pakai tangan. humble. tapi dia tambah nasi dua kali ! haha



 tembamnyer tangan T_____T





 Hasrita & Hasrina



gambar dekat atas nie namanya sesi memerli gurls actually sebab masa nie semua tengah peluk - peluk mintak maaf everything. Yang si Evra dengan Mok boleh pulak buat drama perli ktorg. Cissss! After that, dorang pergi Funfair. Aku, anis, dhamiri dengan Shuk balik dulu. I have my own reason kenapa nak balik awal even though masa tue leen, faina, zaki, mok, kembar dan semua la pujuk joint funfair sekali tapi takpelah. Bukan rezeki aku. :')







Mereka buat drama lagi. :P

Okay done. huh, very looooongggg entry kan? heeeeee. Nie maybe last entry pasal mereka semua. Those yang baca dari awal mean sejak aku story pasal Part 6 mesti dah boleh agak yang ktorang sangat rapat. Sangat sayang antara satu sama laen. Ecehh, laen maksudnya tue. :P Believe me, zaman diploma is the best best best ever and ever untuk dilalui dan sangat sayang untuk lepaskan. :D

*half daripada gambar ehsan Hasrita&Hasrina*

0 biji dragon ball:

Post a Comment