Saturday, March 19, 2011

Memory of T'GANU,

Assalamualaikum, :D


seminggu jugakkan aku tak update blog ! bapak ah, tapi takpew sekarang aku dah update dah. heee.. dah terang lagi bersuluh yang aku nak cerita pasal Terengganu yang aku war-war kan before nie. 4hari 3malam yang sangat bernilai dan bermakna. TERIMA KASIH SEMUA. :') owhh kalau aku update blog nie, mean aku dekat rumah. hehehe.. semalam balik dengan nad dengan evra sekali ehh lupa driver - dhamiri. gilee bisingla dalam kereta. aku dengan nad dah bantai gelak dalam kereta, evra boleh syok lending tido dekat depan. tuela, aku nak duduk depan tak bagi. tapi lastly aku duduk depan jugak. hikhik.. 

Terengganu. macam mana aku nak cerita ehh... hari first tue dah gile excited. dahla aku balik rumah khamis tue, gerak dari Segamat sabtu tengahari, yang aku dengan dhamiri gerak betol - betol dari KL pun around 9.30am hari sabtu. Liyana dengan Sue dah gerak awal, dorang pun sampai awal. gile laju la dorang bawak. salute kiki ! haha.. boleh pulak masa tue highway banyak gile kereta. penat aku paksa dhamiri bawak laju. aku dah tak peduli dah dia potong 5kereta sekali gus dekat jalan Tangkak tue, aku dah tak peduli dah bape km/h dia bawak janji aku dapat sampai Zamrud ASAP sebab aku tak packing barang lagiiiii ! haha.. 

then tengahari tue dah gerak pergi Terengganu dari UiTM Segamat. ktorang sampai around 8pm lebih kot, then letak barang dekat bilik masing-masing. malam tue dekat pukul 10pm satu class decide nak keluar cari makanan. boleh pulakk masa tue Marang buat earth hour. gile gelap masa tue ! dahla masa tue tengah kecoh Jepun Tsunami then baca dekat mane ntah, dia kata jauhi pantai Sabah dengan Terengganu. 

PAHAM TAK PERASAAN KTORANG BILA BILIK KAMI DEKAT SANGAT DENGAN PANTAI?

 PAHAM TAK PERASAAN KAMI KALAU TIBA - TIBA T'GANU KENA TSUNAMi?


PAHAM TAK SEBENARNYA KAMI PEGI T'GANU NIE DAH UMPAMA TELUR DI HUJUNG TANDUK?


haha, lu pikir la sendiri ! ahaks, bila tido dengar bunyik ombak yang kuat, dalam hati semua berdoa moga takde apa-apa yang berlaku dan syukur alhamdulillah, sepanjang 4hari kami di T'ganu, takde apa yang berlaku. semua berjalan dengan lancar even bilik kami takde air. dahla ktorang je yang takde, budak laki relax je ada air dalam bilik. its memory bila ingat balik before mandi pergi isi air dalam baldi dan mandi dengan 1baldi penuh sahaja. its memory bila ingat balik lepas mandi pantai, semua mandi dekat paip tengah - tengah tue macam anak - anak somalia. its memory bila setiap kali rasa nak berry-berry ktorang sanggup pergi tandas dekat surau nun sana sebab tak selesa dengan bilik air yang rate dia aku bagi 1/5 je. 

tapi ! resort nie tetap ada bestnya..iaitu dia dekat dengan pantai.. yahooo ! dengan ombak yang kuat, best woo mandi pantai. buat benteng pertahanan kira bajetla kalau ombak kuat lalu ktorang stay steady lagi diri tegak takde jatuh jatuh nie. tapi takde maknanya nak steady je, sekali ombak dah jatuhkan ktorang semua lari selamatkan diri naik atas. dahla air dia masin gilee! dahla ombak dia tolak kami semua ke darat lepas tue dia tarik balik pergi laut. sioot betol. ha, kalau nak slim kan, tak payah nak bazir duit pegi slim world kew, minum Dr Rozmey kew, just pegi jadi benteng pertahanan dekat ombak yang beso sure esok lemak semua pecah. 100% menjadi sebab semua tengah sakit - sakit badan dek kesan dari ombak yang kuat sampai setiap kali nak naik tangga pegi kelas dah macam orang cacat kaki je. 


last day before nak balik Segamat, ktorang singgah Dungun. niat nak semayang dekat UiTM Dungun la tapi sekali bus UiTM Johor pulak rosak.. ada bus transit yang amik ktorang ke UiTM Dungun. dan nak habaq mai, BESAR GILEEEEEE UiTM DUNGUN !!!!! bapak besau weyhh.. ktorang lepak masjid dia, siap mandi lagi. masjid dia dah macam masjid negara dah rasa. haha! 5kali ganda lagi besar dari masjid dekat UiTM Segamat. aku dah boleh paham perasaan iqa bila dia pegi kelas naik basikal. hahaha.. siapa - siapa yang penah pergi UiTM Segamat dengan UiTM Dungun, dah boleh imagine betapa besarnya UiTM Dungun dan berapa kecik nya UiTM Segamat. :D terima kasih banyak - banyak UiTM Dungun sebab bagi kami pinjam bus awak+driver awak dan hantar kami balik Segamat dengan jayanya. kami expect kami sampai Segamat around 6am because of gerak dari Dungun pukul 11pm tapi driver awak telah berjaya sampai UiTM Segamat around 3pagi. fuhh, betapa lajunya driver awak bawak wahai UiTM Dungun. :)


btw, betol la cikgu aku kata dulu, kalau nak tahu either kawan kita tue kawan yang sebenar, yang boleh hidup susah senang dengan kita, pergilah bercuti sama - sama. masa tue la, perangai sebenar akan di tunjuk. seriously. aku cakap dari pengalaman dan ia sangat menyedarkan. ingatkan aku sorang je rasa tapi ada certain jugak yang rasa and last but not least, ada 933 keping gambar dekat aku SAHAJA. nak pilih masuk blog dengan fb memang berpeluh maka lambat sikit ye kawan - kawan. tapi nie aku nak share satu, 




nampak laen tak? kawan kitew pakaikan celak dengan maskara dekat mata kitew,, aww! :D

12 comments:

  1. haha. baru ko twu knape aku slalu merengek je kan duk uitm dungun... :)

    ReplyDelete
  2. hahaha, paham gile!
    cian kau.. haha! tapi gempak seyh,,. :D

    ReplyDelete
  3. wah,,,,mira datang dungun ek??tp,shri 2 mmg best,,,dh 6 sem ni boring gak,,,huhuhu,kan ika??

    ReplyDelete
  4. hawa : a'ah.. dtg dungun tp kejap je. around 4jam je kot dkt dungun. hehehe.. hawa duk luar kew dalam eh?

    ReplyDelete
  5. pergh panjangnyer blog ko nih~
    karangan bahasa melayu ker??
    jenuh aku nk bacer mehhh~ ;)
    neway..kite 2 dah smpi dungun ok...aku pon..even aku lalu jerh kat dpn tuh..

    ReplyDelete
  6. panjang kan ! haha..
    sebab tue aku x mskkan gambr. gmbr entry laen. :)
    arghh laen, ko lalu dpn je, aku dh msk dlm. haha!
    uwekk~!

    ReplyDelete
  7. huhuhu babe takut an psl tsunami
    aku tgk muke ko ader bnyk senyum laa ;)

    ReplyDelete
  8. hhahaa,
    kena la senyum dlm mhadapi ujian yg mndtg.
    cewaahh ~! haha
    xlah, dlm ati pon cuak jugak.
    ko gaya mcm x knl aku, aku kan suka gelak
    awek muda kan. bahahaha!

    ReplyDelete
  9. xyren : hehehe.. jgnla mcmnie,
    nnt ktew wat trip ktew kitew je ehh.. :D

    kat cnie xde gmbr, tgk fb aku. dh upload gmbr.
    br ko leh jeles. kihkih! ^_^

    ReplyDelete
  10. ok...sangat pjg citenye...mira nk bg kte jels.. :)

    ReplyDelete