Monday, January 31, 2011

Segamat Banjirr !


Assalamualaikum...

hello babe! Maaf sangat sebab dah lama tak update. busy sedikit, ada test dan baru balik dari Langkawi. woot wott~! :D pasal langkawi nanti aku update ehh.. sekarang aku nak cerita pasal Segamat banjir weyh! perghh.. 3 tahun aku dekat sana, tak penah aku terpikir Segamat akan banjir. tapi its really happen! masa last week memang hujan 3 hari turut - turut. ada la jugak berhenti tapi sekadar sejam dua je, watpew.. aku pun siap jemur baju dalam bilik je. dah macam kedai bundle dah di kerjakan aku dengan roommate. nak keringkan baju punya pasal, kipas tue aku bukak 5, yang paling kuat sedangkan orang yang dalam bilik mengigil kesejukan. hikhik.. nak pergi PI (Pusat Islam - masjid) sebab nak jumpa Asyraf Imam Muda pun tak boleh nak gerak sebab sehari suntuk hujan lebat. Asyraf Imam Muda datang UiTM Segamat ! tapi aku tak pergi pun, hujan membataskan pergerakan. :P




baru jumaat lepas aku lalu dekat depan petronas nie air sikit je baru. tapi sekarang bapak ah! 




jalan alternative laen untuk pergi ke bandar kalau laluan train tutup pun dah naek air. 




baru jumaat lepas aku tengok Zaki and the geng lepak dekat deret kedai situ. ishh ishh...



laluan ke Segamat Baru. 




Laluan ke Bandar Segamat. sikit je lagi tue...





dekat FB dorang dah siap tag video Segamat banjir. dekat area bandar, Nirwana la. teringat tempat aku karok dengan kak wana and kak'ada hari tue. sure naek air dekat situ. masa aku otw nak balik KL hari jumaat lepas, ada sesetengah rumah dah naek air dah. terutama sekali kawasan yang rendah. kesian sangat... 1st aku tengok banjir depan mata. dahla air dia kotor. UiTM tak banjir lagi, lecak - lecak tue biasa la. setiap hari pakai payung pergi kelas, share 1 payung sampai 3 orang tue dah jadi common dah bila hari - hari hujan dekat Segamat. baju tetap basah jugak. tidur pun sedap je. sejuukk! haha.. 


btw, korang doakan la Segamat punya banjir reda dalam masa seminggu nie. kalau tak, macam mana nak balik Segamat balik. Syukur Alhamdulillah masa banjir cengini, budak - budak UiTM dah balik rumah masing - masing sebab cuti semester seminggu. doakan banjir surut dan moga Segamat selamat. I love Segamat taw! ececeh!! :D



p/s : gambar - gambar banjir aku ambik dari FB Sir Izuan dengan FB Syed Faisal. 

2 comments:

  1. laa. takkan mira tak sangka. segamat memang tempat banjir. dulu kteorg pernah tolong mangsa banjir. seronok ! nanti mesti billion buat sale besar besaran. hihi. akak dah rasa segamat banjir dulu time part 1 or part 2 tak silap.

    ReplyDelete
  2. yekew??!!!
    bestnyerr!!!! hahahah.. part nk tlg mgsa banjir tue yg best tue.. hehee

    ReplyDelete