Saturday, January 22, 2011

Masa untuk pikir pasal future.*serius*

Assalamualaikum...

hari nie aku nak wat entry serius. selama nie entry aku maen - maen je aku rasa. asyik senyum comey - comey je sampai sab kata aku manusia tak penah sedih. asyik nak ketawa je. maka, korang pun kena serius aww kali nie. degree form dah bukak babe.. dah boleh apply. dia start 9/1 lagi tapi sampai sekarang aku pending aku nak ambik ape untuk degree. hari - hari pikir tapi masih takde jawapan jugak. kalau jumpa member je, asyik dok tanye dorang nak ambik apa untuk degree. semua tengah pening - pening ayam lagi nak ambik ape untuk degree. aku lagi la kan, bukan pening ayam dah. 


kalau tak silap aku, dia ada 3 pilihan KOT. aku tak apply lagi so aku tak taw la. di sebabkan 3 pilihan, aku dah aim dua course nie tapi stay tak taw mana satu yang nak di jadikan main course aku nanti. yang ketiga lagila, haprak aku tak taw nak isi apa. wuaa! tension weyh! :'( nie aku ada usha course yang di-offer under course aku sekarang. Banking. cuba korang pikir apa yang terbaek.


click pada gambar untuk jadi gambar gemok. 



korang tengok yang aku dah highlight tue je. yang laen dah lari dari bidang aku dah. bukan 100m lari berpagar lagi dah, dah melampau - lampau lari dia. kalau aku apply jugak, aku kena masuk semester 1 balikla untuk degree. bila aku tengok course yang di-offer, aku dah pending dah. apasal dia tulis dalam BM nie. mane aku paham. haha! bajet bajet. sepak kang baru taw langit tinggi ke rendah. hehee.. heppp, kata nak wat entry serius. nie aku rajin nak translate kan sebab 1st aku tengok program yang dia offer, kepala aku dok sibuk translate Bi. 


BM216 -  B. Tranport

BM220 -  B. Marketing

BM221 -  B. Insurance

BM222 -  B. Finance

BM223 - B. Human Resources

BM224 - B. Operation Mangement (ek? aku rasa la.)

BM225 - Pengurusan peruncitan??? retail management KOT. 

BM226 - B. International Business

BM229 - B. Islamic Banking

BM230 - B. Business Economy. 


B = Bachelor. ha! pikir - pikir. dua course yang aku dah aim adalah B.Fin dengan Islamic Banking. memang dua - dua under banking. kira masa diploma aku adala jugak belajar. kalau dekat degree nanti taklah pending sangat sebab dah penah belajar. lagi satu pulak, aku memang tak taw nak isi ape. dulu aku nak sangat apply B. Marketing untuk degree tapi disebabkan ayah kata "marketing bersepah la kakak" bukan ayah je, ramai yang kata bersepah. maka aku tak nakla naek kan number yang menganggur tue. tapi xtually, kalau Allah SWT dah tetapkan rezeki kau, sure kau dapat keje even kau Bachelor in Marketing sekali pun. Semua dah tertulis right?


Kalau Islamic Banking adalah main course, pergi kelas kena ada tafsir. kena hafal ayat Al-Quran, hadis semuanya. Bukan senang la sebenarnya even dulu kecik - kecik pergi mengaji dengan tudung senget-benget selebet semua. itu sebab nak mengaji, nie kita kena hafal. kalau tak silap aku la. tapi yang best nya course nie, DEMAND tinggi gile weyh! haha.. mane taw kalau - kalau aku boleh transfer pergi Dubai kew.. gaji masyuk tue.. $$$$$$$ duet Dubai convert ke RM, perghh perghh boleh aku beli porsche then drive sampai depan umah dhamiri tunjuk yang aku dah pakai porsche. haha.. sekali kau, dia pakai maybach. gigit jarila nak berlagak show off. kalau B. Fin, kena compete dengan cina. 


ehh apply mane mira? mesti korang tertanye - tanye kan. aku apply UiTM je. macam dah takde hati je nak masuk U laen. UiTM di hatiku. :D eceh! ngade. ayah suruh apply UIA.


"kak, nanti degree ambik dekat UIA je la. dekat"


"erm.. tak nak la ayah. UIA macam tak best je"
*saje bagi alasan sedangkan aku memang taknak. haha!*


"kenapa? dekat je pon. ayah boleh hantar pergi kelas"


"alohh comel nyer ayah hantar pergi kelas. haha! UIA dekat sangatla ayah.. tak best la macam tue. study kena duk jauh - jauh. baru rasa rindu-rinduan."


"nak rindu - rindu apenyer. diploma dah dekat johor. degree ambikla dekat-dekat je. umo ayah bukan nya panjang lagi"



aduhh, bab tue aku lemah. serius! speechless. tanyala semua orang, kalau boleh tukar nyawa, mesti nak bagi parents hidup selamanya. especially for gurls. kan kan kan?? parents is everything. so... nak apply ape nie??! haha.. dahla, aku penat nak pikir. esok lusa aku pikir lagi. dah mira, sekarang kau pergi google Mareva Injunction, next week nak present. 




*tak jadi nak buat entry serius. owhh baru sedar semua entry aku semua lebih 350words.*

2 comments:

  1. mira UPU dh leh beli no pin kerh??? :(

    ReplyDelete
  2. dah2.. dah boleh beli start 10hb hr tue..
    beli dkt BSN. RM15 rsnya.

    ReplyDelete