Thursday, December 16, 2010

Rahsia Wanita.

Assalamualaikum...

tadi aku google pasal rahsia wanita. takde keje namanya. ada yang korang dah taw tapi takpew, aku nak share jugak. sharing is caring. aww.. :p
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.



Rahsia wanita API, AIR, TANAH, ANGIN.

WANITA TANAH 
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) 

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa 


WANITA API 
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember). 

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan 


WANITA ANGIN 
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari). 

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja 


WANITA AIR 
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac). 
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri 


aku air.. wee~!! :)




okay, yang nie aku baca, aku gelak guling guling atas katil. HAHA.. kelakar la aku rasa. nah, baca..


Rahsia perempuan-lelaki mesti baca!!

"Perempuan suka : 

- lelaki yang gagah – selalu pegi workout kat gym 
(ekk? aku x kesah pun janji jgn keding sgt smpai tiup angin pun tumbang. haha..)

- pandai bersukan – bola, basket, ragbi etc.
- bijak pandai – CPGA mesti sentiasa atas 3.5 
(owhh yeahh.. sangat! haha.. tp at least 3 pun aku terima. ewah ewah.. :P )

- ada kerja – dining hall, hotel, library etc.
- ada kereta – especially sports car tak kisah la tahun bila
(haha.. betol kot. at least ada kereta. :D )

- pandai jamming – guitar, bass, drum, keyboard etc. 
- pandai buat lawak expecially dpn pompuan
- tau jalan2 dekat US  – boleh lead bila pegi travel 
(sng cerita, luas pengalaman psl bab travel la. nk honeymoon kang senang. ecehh!! )

- pandai programming – bleh buat website lawa2 
(ekk? tak kesah. depend pd orang)

- walaupon rock tapi alim2 sket – bleh lead solat jemaah 
(hahaha.. suka nie.. betol betol. :DD thumbs up ! )

- berambut pendek dan kemas
- tak terlalu clean shaved – tinggal la sket janggut in vertical line..macho siot 
(pergh.. haha.. ada jambang ikot sunah nabi bro.. kihkih.. )

- wangi – pandai pilih perfume
- hadiahkan bunga – even sekuntum rose je 
(err.. tak kot sbb aku tak suka bunga. haha..)

- selalu hadiahkan teddy bear – kalo kecik bagi banyak2, kalo besar satu je
- ingat birthday awek – tak lupa bagi hadiah best2
- pandai amik ati mak and abah awek 
(WAJIB !! )

- sanggup teman awek shopping – biarpon berjam-jam 
(tapi shoping ngan pmpuan lagi best dari laki)

- bleh bagi pendapat bila awek Tanya “awak, tudung wardina ni sesuai tak dgn saye?”
- bila cakap dlm phone, let women do the talking – lepas tu kasi komen

Perempuan tak suka :

- lelaki yang lemah – kurus, tak workout
- tak terer bersukan – petang2 tak kuar main, dok umah je
- study asyik kantoi – dok struggle nak kekalkan CGPA atas 2.0
- malas cari kerja – harap duit sholar je
- takde keta – pegi memane tumpang keta orang atau naik bas
- tak minat muzik langsung – tak leh sembang pasal rock bands
- takde sense of humor – org buat lawak die blur je
- takde life – tak gi jenjalan memane and tak tau tempat sekeliling
- tak celik IT – buat website guna frontpage pon kantoi
- asyik enjoy siang malam – tak ingat mati 
(owhh yeahh.. the good one. )

- rambut serabai – panjang dan tak terurus 
(gila benci !)

- kuat sangat isap rokok – sekali-sekala takpe la kot 
(10kali ganda benci !! takde takpa-takpa, jangan terus! haha.. )

- badan berbau – malas mandi
- tak romantic – bila awek mintak berkali-kali baru nak bagi bunga
- jarang hadiahkan teddy bear -
- wish happy birthday seminggu lewat – kuat lupa
- dah bertahun couple – tak pernah jumpa parents awek 
(betol ! )

- bagi alasan bila diajak pegi shopping
- asyik jawab “tak kisah” bila orang tanya pendapat dia
- bila borak on the phone, die pulak yg pot-pet lebey2"

ada yang betol kan? heee.. btw, yang pasal lelaki kena ada kereta tue, aku tak kesah sangat. laenla kalau dah keje, mesti simpan duet nak beli kereta. takkan selamanya nak pakai moto or bus semua. ha, nak share satu lagi. dulu cikgu aku penah bagi tips, form berapa pun aku tak ingatla. form 4 kot. cikgu kata jangan manjakan perempuan dengan kemewahan bila tengah bercinta sebagai contoh kereta. setiap kali keluar mesti nak pinjam kereta parents or sape - sape. biar nampak macho depan awek sbb dating naek kereta. apa class naek LRT, BUS nak jumpa awek. pirahhh...!! kalau dah kawen kang, duit takde lagi nak beli kereta, agak susah nak ajak wife keluar tanpa kereta sebab masa tengah syok bercinta duk suap dia dengan kemewahan segala. paham maksud aku?

dahla, nak korek korek lagi dekat google. HAHA.. have fun ! :)

2 comments:

  1. tbaek ah..

    aku libra..tp aku x bteros-trang pon..bhahah

    ReplyDelete
  2. laaa, ko laki.
    nie aku cerita pasal libra perempuan.
    ehh member aku libra mmg trs trgla.

    ReplyDelete