Friday, December 31, 2010

Pakej Haji dan Umrah yang menarik

Assalamualaikum...

penah pergi haji or umrah?  tak? gimme five, aku pun tak penah. insya Allah kalau ada umur yang panjang, murah rezeki dan di buka kan pintu hati, kita semua boleh pergi. amin... haji telah disenaraikan sebagai antara lima perkara yang wajib dalam rukun islam. haji wajib bagi yang mampu. semua orang taw pasal tue. kalau tanya tina, dia boleh keliru lagi antara rukun islam dengan rukun iman. aduhh, adek sapo tue?? entahla.. :D okay, sekarang aku bukan nak cerita pasal aku pernah pergi umrah or haji ke apa (yelaa, dah terang lagi bersuluhkan dari awal lagi aku dah bagitaw aku tak penah pergi lagi). just wanna to share yang my sugar daddy, ehh bukan - bukan, my ayahanda adalah agent kalau nak pergi haji / umrah nie. 


agent under IRNA YAKIN TRAVEL & TOURS SDN BHD. penah dengar? nie bukan company yang tipu - tipu punya, yang kata dia adalah agen untuk umrah then bila dah dapat duet, bawak pergi jauh - jauh. kira menipu la tue. berdosa kan, dahla duet orang tue untuk niat yang baek, ingat umrah dengan haji tue murah kew? haji tue at least ada RM10K baru boleh pergi. RM10K dah boleh buat downpayment viva dah. heeppp, kereta lagi mira nie. heee. ehh lebih kurang harga cengitu la. kalau korang tak yakin lagi, USTAZAH SITI NUR BAHYAH yang terkenal dengan 'cakar harimau' pun under IRNA YAKIN taw! beliau serta suami nya merupakan penasihat khas IRNA YAKIN TRAVEL & TOURS nie. kiranya, boleh pergi umrah sekali dengan ustazah nie la. 






dua kali ayah pergi umrah, dua kali juga under IRNA YAKIN. sekarang aku nak tunjuk antara gambar - gambar semasa ayah dengan mama pergi umrah tahun lepas masa bulan ramadhan. owhh, lupa nak bagitaw, ayah kata pergi umrah waktu ramadhan adalah saat yang terbaek even harga dia sedikit mahal berbanding dengan bulan yang laen. sampaikan ayah kata rasa macam nak pergi umrah setiap kali ramadhan tiba. see? bertapa bermaknanya bulan ramadhan di sana. 


















IRNA YAKIN bukan untuk umrah sahaja tetapi kalau nak pergi travel pergi mane - mane kew, IRNA YAKIN boleh uruskan. dia juga ada buat KAD KEMBARA IRNA yang boleh korang dapat diskaun serta segala kemudahan yang ditawarkan tetapi hanya untuk pemilik kad itu sahaja. takda yuran bulanan atau bulanan dan kad ini boleh di wariskan kepada ahli keluarga terdekat bila pemilik meninggal dunia. xtually, banyak kemudahan yang di sediakan oleh pihak IRNA YAKIN ini, maka kalau berminat, boleh contact 



Jamaluddin - 0133802404


office IRNA YAKIN terletak dekat Taman Melati Utama, kiranya kalau dari gombak, dia belah kanan on the way ke Taman Melati selepas stesen LRT Gombak / Terminal Putra. dan kalau dari ampang nak ke gombak, selayang, UIA, British Council, Teknik gombak, SBPI Gombak, kepong, office terletak dekat belah kiri. 



*click untuk tumbesaran photo*

nie aku ada buat google earth, kira nak bagi korang gambaran la mane letaknya IRNA YAKIN TRAVEL & TOURS. kang tak pasal - pasal ada orang call ayah cakap


" anak encik kata office dekat dengan UIA"


mau kena debik aku dek ayah. hahaa.. dalam map nampak macam UIA tue jauh tapi bagi aku sekangkang kera je pun dari Taman Melati Utama. haha.. dan yang warna biru gambar train tue, tue adalah stesen LRT Gombak. Kira kalau pening nak cari UIA (mane taw takot termasuk karak highway then teros sampai bentong. haha!) korang just cari LRT Gombak, then insya Allah korang akan jumpa. SBPI Gombak, Teknik Gombak, tue semua dekat UIA je. kiranya, papehal cari UIA dulu. okay? :) 


insya Allah kita antara orang yang akan sampai tanah suci sebelum ajal. amin.. :D

0 biji dragon ball:

Post a Comment