Thursday, December 2, 2010

joe jambul


dah habis pasal MAHA, sekarang kita masuk pasal buku pulak. heee.. bukan pasal buku study ke ape, tapi novel. HAHA.. mesti tension siapa yang dah kenal aku, asyik novel je minah nie. HAHA.. what to do, feveret. :) aku nak ingatkan balik yang before nie aku dah beli novel dari dua feveret writer aku. Aisya Sofea dengan Siti Rosmizah. Both aku follow dari dorang masuk ke dunia novel nie sampai sekarang. Siti Rosmizah baru lagi dalam dunia novel nie. around 3 tahun kalau tak silap. kalau Aisya Sofea, dah lama aku follow dia. dari aku sekolah menengah lagi. kiranya perkara wajib aku la check dorang punya website kalau dah on intenet either dah keluar buku baru ke tak selaen daripada mukabuku, e-mail, jejaka idaman malaya dan blog.


okay dah dah, meh aku cerita serba sedikit pasal novel nie.


MASIH SETIA - Aisya Sofea 

heroin dia nama meira!! haha.. sumpah aku excited. :P dahla pasangan dia nama Dr. Malik, memang bravo la kan. imagine kalau future husband aku pun doktor macam Malik nie ha.. eleleh, gatai noh! ehh bukan Noh Hujan yang gatal, dia memang gatal nak kawen dengan Mizz Nina pun, aku nie kes laen. haha., :D okay sambung sambung, novel kali nie macam OKAYLA.. sebab bagi aku, novel terbaek dia adalah SEHANGAT ASMARA. tak boleh nak tanding SEHANGAT ASMARA lagi kott.. tapi bagi aku, walau tak best macam mana pun Aisya Sofea punya novel gaya tulisan dia memang superb! entahla, gaya tulisan dia, ehh bukan bukan, suppose gaya penulisan. gaya penulisan dia macam smooth, dia taw macam mana nak susun ayat bagi pembaca dia paham, dia susun semua ikot flow dan ayat dia memang power. tatabahasa semua dapat full marks. :D

Kalau dengan Aisya Sofea, hero dia mesti romantik gile tahap gaban! serius.. dats y aku minat harrier sebab zainal gile tahap langit ke tujuh romantik dekat kay.. HAHA.. dengan bahasa yang lebih mudah, kiranya aku mengharap dapat lelaki romantik macam zainal tue nanti. sumpah annoying betol mira nie. T_T btw, MASIH SETIA macam kinda slow tapi taklah sampai bosan nak baca. cuma aku tertunggu - tunggu bila la miera nak kawen dengan malik nie. banyak sangat halangan. tapi finally, dia kawen jugak. ending selalunya happy forever after. :D


gred : 3/5



LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU - Siti Rosmizah

Kalau penah baca ANDAI ITU TAKDIRNYA, maka kenal la Siti Rosmizah nie. Nie novel ke-3 beliau. Cerita nie macam comel juga tapi kinda slow jugaak. tebal woo.. around 800++ kot page dia. banyak sangat complicated dalam novel nie. mula - mula ayah dengan anak. adik dengan kakak dan banyak lagi. as usually, mesti berakhir dengan happy forever after. :D


gred : 4/5




SWEET SOUR - Nasz

 Ehh, novel nie aku tak beli pun. Hadiah besday kite la awak.. heee.. :P dari k'ainor. comel sangat tajuk dia, cerita dia pun sama. aku nie jenis yang dah baca depan, terus pegi belakang sebab nak tengok ending dia. kalau ending dia macam yang aku expect, so aku aim novel nie biasa sahaja la. sebab pembaca dah boleh expect jalan cerita dia. tapi kalau aku tengok ending dia laen macam mean bukan yang aku expect, aku bukak balik page pertama then baca dengan khusyuknya sampaila habis. tamat.. HAHA.. watak utama dalam SWEET SOUR nie zarul, alia (lia) dengan joe.

masa mula - mula cerita, lia nie dengan zarul. alohh, comel sangat dorang. couple tak gaya macam couple. kira no pegang - pegang semua la. yang si zarul nie pulak sayang dengan lia tapi tak mau cakap. alaaa, lia pun sama. kira 2x5 la both nie. :D zarul nie jenis humble sangat dats y aku expect dorang together sampai habis cerita. tapi bila bukak page belakang, lia nie dengan joe pulak. aik?


bile dah baca semua sampai habis, aku rasa macam nak kawen dengan joe! nak kawen dengan joe! sebab joe ada R8 dengan M6! HAHA.. materialistik betol. hee.. serius joe jahat dalam nie. zarul tue adik dia. kira dia rampas awek adik dia la. guna cara jahat jugak la. tapi bile dah habis baca, tak jadi nak marah joe sebab... joe sweeeeettt sangaaaattt!! HAHA.. betul la, aku harap sangat joe masuk mimpi aku malam nie. :P aku expect joe nie playboy sebab alaa nama - nama macam nie kan dah cop playboy. contohnya macam nama roy, zack, boy, dan banyak lagi la. bile sebut nama aiman kew, adam kew macam sweet je mamat tue. HAHA.. nie pendapat aku je. bukan semua. ada segelintir sahaja. ^_^ dan betol la ape aku cakap yang joe nie playboy tahap high class la. ahaks!


joe nie romantik gilee! betol romantik. HAHA.. aku pulang yang terbawa - bawa dengan ke-romantik-an joe nie. :D sampai jadi tajuk entry. HAHA.. so korang try la baca SWEET SOUR nie. dah habis baca boleh share ngan aku either best ke tak. apa yang aku share nie semua pendapat aku je, semua ada pendapat masing - masing kan. owhh sinopsis SWEET SOUR. meh aku nak share





Sinopsis
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira… baru sepuluh dah kecoh… bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula… kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin… walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!


B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey… saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
Gali jawapannya dalam Sweet Sour. Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona!


dan gaya penulisan dan persembahan yang NASZ cuba tonjolkan sangat terbaek. bak kata buku nie  Karya NASZ ini sungguh warna-warni dan santai persembahannya, anda tentu terpesona! kalau kenal gaya bahasa hlovate, macam tue la nasz. :D


gred : 5/5

wooaaa!!!! Hahaha..

btw, tadi aku try beli novel secara online dari JS Publisher. aku beli buku Nasz la. ape lagi. HAHA.. macam dah suka pulak dekat Nasz nie. hee.. nanti aku dah baca aku share. owhh before terlupa, Hlovate keluar december, bape hari bulan tak tawla tapi aku baca dekat JS Publisher, nie dia keluarkan novel kanak - kanak. aku dah rasa macam, alaaaa!!! =.="



* aku memang pencinta novel. :D*

0 biji dragon ball:

Post a Comment