Sunday, December 12, 2010

A day to remember.



Assalamualaikum..

Perasan tak mood baek hari nie? tiba - tiba bagi salam budak nie. Selama nie mane penah nak bagi salam. Heeee.. ada story nak share. Mood baek, Alhamdulillah. Mungkin sebab dah tengok result. Dah boleh tido lena dah. Dah dekat seminggu mimpi bukan - bukan pasal result. Setiap kali gelak je, mesti dalam kepala pikir "ha!! Gelak la kau mira, gelak puas - puas, sekali result keluar ada repeat paper, menanges la sebulan" gluppp.. masa tue memang automatic senyap terus. Nak gelak pun jadi tak ikhlas. Dan sekarang, boleh gelak dengan hati yang riang ria. Pass without repeat paper and pointer higher than before. Alhamdulillah.. senyumm~ *sujud syukur*

Next,  BFF day out. Best sangat! Hapy gileee! Dahla kitaorang keluar masa sesetengah budak dah tengok result. Senior iqa dah siap call iqa nanges - nanges ada repeat paper. Masa itu memang jantung aku tersentap habis la. Terkejut ada orang repeat paper nie. Bukan tak biasa dengar tapi takut sebab final sem lepas aku buat maen - maen. Bosan baca buku aku boleh layan vampires diaries lagi. Teruk kan! Penat baca HR, aku boleh bantai tido. Penat buat calculation, aku boleh on laptop maen game pulak. Betol teruk. Then malam- malam call anis dengan nad dah habis baca ke belum. Bila tak sempat nak cover lagi sebab esoknya final, malam tue jadi zombie. Budak - budak laen dah boleh tido awal sebab esok pagi nak jawab final, aku baru terhegeh - hegeh nak menghafal. Nak bagi pelempang tak dekat budak nie sebab tak penah sedar? HAHA.. pang je! J


Venue : Mid V, (again!)

Gambar ada satu je. Tue pun goyang. Gambar Hp la katakan. Aku tak bawak Mr C kesayangan tue sebab malam nak guna pegi KLIMS. Maka banyak guna ila punya camera digital. Banyak gambar tapi aku tak amik lagi. HAHA.. maka aku masukkan apa yang ada dalam HP aku je la eh.. bukan senang nak keluar 6 orang sekali gus. Karang ada je yang ada hal. So lama jugakla plan, asyik tukar- tukar date je, maka 9hb menjadi saksi. Cewaahh! Tengok rapunzel sama - sama, siap beli tiket wayang untuk couple seat lagi taw! Aku bercouple dengan jijah. Haha.. syg jijah! :P

 then tangan kanan aku bengkak sebab jijah ajak maen game dekat happy family JJ, game  GO GO BALL. Serius seronok! Lepas tension. Lagi - lagi part bila ada nyamuk tue, memang aku baling sekuat hati. Balas dendam sebab malam - malam gigit aku. HAHA.. tapi betol jah, tangan aku bengkak. Gaya macam aku maen badminton je. Tue yang tak update blog beberapa hari tue, nak tekan keyboard pun tak boleh apa ntah lagi nak luruskan tangan. Sakit woo! Eleeehhh! Ngade.. online facebook boleh! Teheeeeee… J maen sampai 3, 4 game, mane tak bengkak tangan. Jangan terkejut kalau tangan kanan aku ada muscle. HAHA..




then balik, ayah terus ajak pegi KLIMS. Perghhh, baru sampai rumah, dah nak keluar balik, ayah bagi 30 minit settle apa yang patut then gerak pegi moto show. Aku dahla tengah penat, ayah pegi parking jauh gile. Hari khamis pun ramai orang ke? Dengan feel penat semua, memang takde semangat sangat la aku nak teroka KLIMS. Plus teringat komen zul kata tak best, aku dah macam "okay pegi je. Ayah dah ajak" then bila dah sampai semua, aku rasa OKAYLA. Sebab BM takde, Audi takde, Jaguar takde, banyak lagi la.. berapa kerat je pun yang best. At least dah jumpa "5 bersaudara" tue pun okayla. Dah tengok prius depan mata, okayla. Sedangkan zul kata dah ada on the road. Tapi aku tak penah nampak pun!! haha..  dapat tengok bumblebee eye to eye pun boleh tutup kekurangan KLIMS. Tengok sendiri interior Avante pun kira dah puas hati. 

then, dapat tengok 458 Italia depan mata pun kira boleh sedapkan hati, dapat tengok adik - beradik harrier baru yang lexas tue pun dah kira bernasib baek dan yeeaaa!! Aku suka kereta ini! Dari 1st aku tengok dekat intenet lagi aku dah suka. Hoooyeeee.. dapat tengok FT-HS CONCEPT pun dah happykan aku. HAHAHA.. 





















XX



ciss, ayah sabotaj gelapkan gambar. HAHA..


dan malam tue, aku cipta rekod tido pukul 1 pagi. HAHA! selagi tak pukul 3 pagi, mata nie tak reti nak tido. :P



done. nanti sambung lagi. :)

0 biji dragon ball:

Post a Comment