Friday, December 31, 2010

Best ke Hantu Kak Limah??

Assalamualaikum...

tadi tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah... excited jugakla nak tengok sebab semua kata kelakar gile! so rasa berkobar - kobar jugakla nak tengok. then tadi pujuk mama, mama kata okay jom tengok HKL (hantu kak limah) lepas habis tengok semua, aku rasa cerita tue okay je. serius sorry sangat - sangat yang puji cerita tue kelakar gile tapi aku rasa macam biasa je. sama macam ngangkung la.. orang kata kelakar dan tengok banyak kali sampai boleh kutip dekat 10juta kan tapi tapi... aku rasa macam biasa je cerita tue. tak lawak mane pun.. aku rasa la. jangan marah ehh, every people ada different opinion. peace yaww! :D


bahang bola tak habis lagi. semua tengah cakap pasal bola. yelaa, kemarau 14 tahun kan. akhirnya dapat jugak, alhamdulillah.. yang apit, punyala excited, satu hari suntuk nie dia cakap pasal bola je dalam kereta. sampai ajak mama pergi KLIA sebab nak sambut pasukan bola balik. mama dah 70% nak pergi. siap nak patah balik rumah ambik camera. aku pulak, memang rasa nak pergi tapi lepas dengar dekat radio yang jumlah orang yang tunggu pasukan bola M'sia balik adalah dalam beratus-ratus. pergh! takleh bayang kalau aku pergi. macam lautan manusia je. then tak jadi pergi. kalau aku pergi adakah aku nampak macam seorang-wanita-yang-minat-gila-bola?? yeaahh, maybe. :P


then tadi, around pukul 9malam, faiz call. aku dahla tengah tengok berita masa tue. saat - saat gol dengan saat - saat fahmiera (ecechh!! :D ) berjaya dengan menangkap bola penalti. thums up bro! ehh apesal bro pulak, it supposed to be "dear" right? or honey maybe? hahhaa. uwekk~ :P faiz call ajak datang rumah. ada majlis doa selamat sambut tahun baru. faiz pun satu, ajak lambat sangat. cuba call dari siang tadi kew, tak pun text kew, boleh aku get ready awal - awal. nie pukul 9malam baru call aku. then tanya ayah, ayah kata OK. aik?? aku pun pelik, aku rasa ayah tak bagi sebab dah malam, lagi pun tak manis kan perempuan keluar malam - malam nie. heee. maybe ayah bagi sebab ada majlis doa selamat kot. then text iqa, ila dengan sab. nasib baek aku text faiz balik tanya nak kena pakai baju apa. kang tak pasal - pasal aku sarung jeans kang, buat malu je. xtually masa sampai rumah faiz baru taw tue majlis doa selamat. masa faiz ajak tue dia kata 


"ada makan - makan sikit.. datangla mira"


ada makan - makan?? makan - makan boleh jadi sambut besday kew, saje - saje kew, makan - makan sebab M'sia menang kew.. hahaha. so "makan-makan" can be many purpose kan. faiz kata pakai baju kurung pun boleh. baju kurung?? 


baju kurung = kena iron


masa dah tak sempat sebab dah 9lebih masa tue, maka aku decide pakai jubah je. dahla jubah biru pakai tudung hitam. perghh, memang terburu - buru nama nya. simple dan sopan jugak kan even dia seluar. makanan sedap! simple but kenyang. kitaorang makan pulut gaya macam tuela populasi pulut yang terakhir dalam dunia. hahaa.. pulut + ikan masin, sedap weyh! 1st aku try tadi. kemudian, kami di hiburkan oleh mamat, adik bongsu faiz, mamat tue nama pendek, nama panjang muhammad ape-ntah. memang lawak gile la masa tue. nie ada video, aku tengok balik pun dah gelak - gelak. kecik - kecik dah hafal lagu. owhh, mamat nie baru darjah satu.



video


lagu yang last tue lagu ape ehh? serius aku lupa. dengar radio hari - hari tapi lupa tajuk. yang last sekali memang lawak gile la. aku dengan ila gelak dah nak keluar air mata dah. mamat nie lawak gile! haha.. siap buat background music tue yang tak tahan tue. memang bantai gelak gila - gila. haha..



video

mamat - kalau berpacaran


yang terselit sikit tue, faiz la tue. mamat kata lagu nie lagu lama. sebab mula - mula mamat suruh iqa nyanyi, iqa suruh aku pulak, aku suruh sab. last - last ktorang suruh mamat. haha... dia kata 


"mamat taw lagu lama je"


dalam hati aku, perghh budak nie. layan lagu jiwang zaman dolu-dolu. then ktorang suruh dia nyanyi jugak. ingatkan mamat nak nyanyi lagu cinta pantai merdeka kew C.I.N.T.A XPDC kew, sekali lagu 'kalau berpacaran' haha. memang lawakla masa tue. ktaorg macam laaa.. lagu nie.  tapi serius la, terhibur gile dengan mamat. before balik tue, aku sempat cakap dekat mamat


"mamat, tengs for the performance"


then mamat senyum je. mak faiz bagi tapau tue. wuu~ tak sia - sia datang. hahaa.. dan faiz, tahniah sebab dapat naek pangkat. btw, faiz nie askar. masa form5 dulu dia blah pegi kem tentera dekat PD. nak jumpa faiz bukan maen susah. so aku pun datangla rumah faiz sebab nak jumpa faiz bukan senang.





yang pakai baju melayu tue faiz. kat sekolah dulu ramai kot orang minat, muka macam Jehan Miskin version gelap sikit. haha.. masuk askar makin gelap faiz nie. btw, tengs a lot faiz! even ktorang sampai pukul 10malam, balik pun ktorang la manusia paling lewat. haha.. pukul 12 selamat sampai rumah. tengs jugak dekat sab sebab ambil dan hantar. 



quality video dengan gambar memang sangat mengecewakan. guna handphone punya kan, maka kena terima la. aku rasa aku kena buat check list before nak balik segamat nie. apa yang patut kena beli, apa yang tidak. pening kepala bila dah nak balik segamat nie. kena betolkan balik jadual tido, kena kemas barang. baju - baju pun dah kena start packing nie. waa, penat gile! okay done, nak kena betolkan balik waktu tido nie. bubye. :D

0 biji dragon ball:

Post a Comment