Saturday, November 20, 2010

Big capital CUAK

Paham? Mestila tak paham. HAHA. Tolong imagine eh, tolong. Kalau korang dapat tempat belajar yang macam dekat Segamat tue, keliling hutan, sebelah kampus ada jirat cina yang bapak besar gile. Nak keluar pegi bandar pun dekat 40 minit, kalau aku tak silap la. Keliling kampus takde tempat makan maka kena bergantung 100% dekat dining and uptown. Melainkan kalau ada yang nak outing, tolong belikan. Pastue, tempat tinggal. Bukan kolej, I mean rumah sewa. Tak ke segaung jauhnya kan! Kalau takde kereta memang susahla. Kena gantung harapan 200% (naekkan angka biar nampak bravo sikit). Kena ikot schedule dia. Kalau kelas pukul 10pagi, then bus UiTM datang amik hanya pada pukul 7.30pagi dan 7malam(untuk hantar balik) je, kau nak buat apa? Dahla takde transport nak pegi kelas, kena tinggal bus, nak naek teksi? Bape lame la sangat nak tahan naek teksi tue. Dahla dari bandar Segamat ke UiTM pun dia charge 14hengget! Duet untuk 2 hari makan tue. Tak boleh jadiii, tak boleh.. Ha! yang lebih drastik, kalau ada test waktu malam, kau nak naek ape? kalau semua housemate takde kereta, kau nak cekau kereta sape? Dapat imagine tak susahnya hidup dekat Segamat. Betul kecian.. aku kena cari pakwe orang kaya nie, leh dia bagi pinjam kereta. HAHA. 

Maka dengan ini, sesudah penatnya aku membebel menceritakan kesusahan hidup dekat Segamat (agak - agak boleh masuk BERSAMAMU tak? HAHA) tolong bersama doa moga budak bernama Amirah Syafiqah dan kawan - kawannya ini dapat kolej untuk final semester. Final semester nie, takkan nak duduk luar. Duet sewa rumah lagi, makan lagi, bill lagi, dan semua kejadah nya. Dan 4 hari lepas aku ada baca status leen pasal kolej. Dia dapat kolej. Tahniah sayang! :D dan aku cek aku nya tadi, maka...






Belum lagi.. Doakan moga dapat kolej. Ameeen.. :D


0 biji dragon ball:

Post a Comment