Thursday, November 4, 2010

Kenangan masa kecil tak akan di lupakan !


Teringat balik kenangan masa kecik - kecik dulu. selalu bangun awal even hujung minggu pun. tak macam sekarang (--") selagi mama tak ketuk pintu, selagi tue tak taw matahari dah atas kepala. ishh ishh.. Kalau dulu masa kecik best, bangun pagi ikut ayah pergi beli nasi lemak atau roti canai. Mesti dapat upah tea ais bungkus. :) Bila balik rumah, dia sorang je minum ais pagi - pagi. Bila orang laen mintak sikit, sumpah kedekut tak mau bagi. gilee annoying budak nie. Aku la tue. Haha.. Tak pun ikut mama pegi pasar hari ahad pagi. Mesti ada je yang mama beli <----- okay, aku cerita pasal tina. budak nie memang keje pau mama je.



Bila dah kenyang semua, tiba masa nak tonton tv pulak. Nasib baik masa zaman aku dulu takde Astro Ceria macam sekarang, kalau tak mesti aku addict dekat tv. Sebagai contoh, tina dengan apit tue ha. Kalau tak rebut remote tak sah. Bila ayah masuk campur baru senyap sunyi. Haha.. Asal aku melencong nie? Masa pagi ahad, kena tengok cerita nie. Sumpah comel ! sampai sekarang aku suka cerita nie. Selalu ada dekat NTV7 pagi ahad. Lepas habis cerita mesti berangan ada kuasa macam Sakura nie. Ha ! Cardcaptor Sakura la maksud aku. Korang tengok tak? tengok tak? Rugii la sape yang tak tengok. Comel bangaat ! Dalam Hard Disk penuh dengan cerita Sakura nie je. (=.=") Siap sekali semua movie, complete ada. Cuma Tsubasa Cronicles je aku takde. Ishh, nampak sangat addict dengan sakura, heee...


video




Lepas tue, layan utraman pulak. Korang layan tak Ninja Boy? Alaa yang ada 3 budak kecik yang masuk sekolah ninja tue. Sorang tue mata duitan, sorang tue hingus keje nak meleleh je, sorang pulak macam baek. Nama dorang kalau tak silap aku Shinbei, Rantarou dengan Kirimaru. Aku tak ingatla tahun ke berapa aku tengok cerita nie. Best ! sekarang pun dah ada kat Ceria kan. Bila tengok lepas tension study. Ececehh.. :) Dorang nakal gileee. Tapi tak se-kedekut cerita Hagemaru. Haha..





Dah puas tengok tv semua, pegi maen kawen - kawen pulak. Dahla masa nie tak taw malu, kawen dengan sepupu sendiri. kahkah.. tak pun kalau dah tak cukup lelaki tue, berlakon la jadi lelaki. Janji ada bab bersanding atas kerusi. Maen tabur - tabur bunga. Dahla cabut bunga yang arwah nenek penat tanam. Haha.. Bila arwah nenek datang nak marah sebab cabut bunga - bunga dia, cepat - cepat cabut pegi lari belakang rumah Mak Ngah.. ada pondok. Maen la pondok - pondok pulak. Masa tue tak kenal musim raya. Sesuka hati je redah raya apa pun. " Assalamualikum.. saya datang nak beraya niee.. " masukla pondok. Siap hidang air. Makanan pulak, kutip buah rambutan yang dah jatuh ke bumi tue. Bila dah bosan, pegila maen lumba - lumba basikal. Siapa lambat dia pondan. Kahkah.. <----- tak tak, masa kecik tak cakap macam tue. :)


Kalau tiba musim raya, mesti excited nak tunggu Mak Long balik. Anak dia, Kak Nisah suka maen cikgu - cikgu. Dia jadi cikgu, ktorang jadi anak murid. Dia tulis kat papan hitam huruf A - Z. Kena sebut kuat - kuat. Kalau tak kena ulang balik. Haha.. kelakar la ingat. Bila tak nak maen pun, Kak NIsah paksa juga suruh duduk dengar dia mengajar. ^_^ Sampai sekarang lekat nama Cikgu Nisah kat dia. Ayah siap letak nama dia dalam hp Cikgu Anisah lagi. Punyala kuat penangan masa kecik. Tapi sekarang tak jadi cikgu pun. hikhik.. Dulu ecxited gile kalau dengar uncle nak balik beraya rumah atok. Sebenarnya tak sabar nak tunggu anak - anak uncle yang hensem tue. (Aku doa moga - moga ijat, angah dengan achik tak baca blog aku kali nie. fuhh !) Haha.. Maen kejar - kejar dalam rumah atok. Sweet sangat. Rasa macam maen kejar - kejar kuch kuch hota hai dengan pakwe sendiri. Kahkah.. Ingatkan masa kecik dulu suka dorang tapi bila dah besar nie, baru kenal erti sayang. Aku sayang sebagai cousin sebenarnya. Haha.. Ijat pun dah jauh ke Jepun, Angah pun kadang - kadang banyak bantu aku, Achik pulak dekat Metrix Johor. Abang Yus - abang kepada Kak Nisah, pun dah nak tunang. 


Semua dah besar. Dah takde dah kenangan macam nie lagi. Kenangan hanya tinggal kenangan. Sumpah rindu masa dulu. Comel - comel je semua. Mana kenal erti masalah masa tue. So sebagai penutup karangan aku yang panjang nie dan aku pun tak taw apa motif tiba - tiba aku ungkit balik kenangan lama, aku cuma nak bagitaw cuba la ingat balik kenangan masa kecik - kecik dulu. Sebab aku tengah tension mood baca bukuuu tak sampai - sampai lagii !!!!!!!! Kahkahkahkah !!


0 biji dragon ball:

Post a Comment