Tuesday, November 2, 2010

Anlene membantu sihat dan kuat !


Bukan untuk orang tua ke? Kenapa nak kena minum nie? 

Itu kiranya kebarangkalian cakap - cakap orang mengenai Anlene. Aku pun dulu macam tue, bila ada ads pasal anlene je, mesti orang tua. yang guna pun mesti orang tua. Yelaa, mama minum. that why la aku cakap orang tua minum. hee.. tapi sekarang persepsi aku dah berubah pasal anlene nie. Kalau dulu, aku minum susu sebab nak cepat tinggi. nie kira ada orang provoke la. Kalau bukan family sendiri, siapa lagi nak provoke. Haha. So rajinla minum. Hasilnya? tak payah la tanya, tengok aku pun dah taw. haha.

Dulu minum perisa cokelat je, yang susu perisa putih fresh tue tak mau pulak minum. Guna alasan muak. Tapi akan beli juga susu putih tue, sebab nak campur dengan koko krunch. Haha. Guna susu putih baru rasa koko krunch tue ummphh ! thumbs up ! haha.  Ayat yang lebih mudah, susu putih tue leh minum bila ada koko krunch je. Tapi ayah beli jugak susu putih tue sebab chocolate dah habis. So tak mau hampakan anak, dia beli juga even perisa laen. Maka, minum la sebab dah teringin sangat kan.

Dan sekarang, minum susu dah jadi habit. Kalau singgah kat Unimart, mesti nak beli susu. Perisa strawberry. Kadang - kadang susu putih fresh tue sebab nak rasa lemak susu tue. Lemak susu? Kalau rajin minum susu, taw la lemak susu tue apa. Kat rumah nie, kalau beli barang dapur sekali dengan susu, susu la benda pertama yang akan habis. Tak perlu la nak ingatkan " susu dalam fridge tue aku punya. jangan ambil. "  atau pun pesan kata mama dengan ayah, yang ada sorok susu kat bahagian tertentu dalam fridge tue. Dengan harapan ayah dengan mama akan selamatkan susu tue dari di minum.Tapi malang sekali, itu semua dusta ! Eh, asal aku emo nie? haha.


Sure akan habis susu tue kalau dekat bahagian mana pun di sorok. cis ! Tapi.. kalau tak minum susu, mesti sakit tulang belakang. Am I right? Mungkin bukan semua tapi aku. ye, kalau agak - agak dah cukup seminggu tak minum susu, tulang belakang mesti sakit. Nak kata aku tinggi, memang dusta berkalang la tue. Tinggi la pulak. Haha. Nak kata aku atlet? memang jauh panggang dari api la. Dulu masa sukan sekolah pun, bab lari nie yang aku lemah. even 100 meter pun. Haha. Nak kata banyak sangat isi dalam badan, ada je aku dengar orang kurus badan solid sakit tulang belakang. haishh.. pelik pelik. So aku assume, tulang belakang aku sakit sebab tak cukup susu dalam badan. Entah - entah, sakit tulang betul - betul tak? haishh!! Minta di jauhkan. Amin.. 

So sebagai langkah keselamatan untuk membendung masalah tulang belakang ini, kena minum susu selalu ! Kalau setiap awal sem before nak balik Johor tue, boleh la pau ayah beli susu yang ada 6 kotak tue. Lepas tue kalau habis, boleh beli kat Segamat, tapi susu macam tue mana nak tahan lama. Lagi - lagi aku nie la, 6 kotak tue boleh habis dalam masa 4 hari je. Maka aku dah cuba susu Anlene perisa chocolate <------ Ya Allah, bukan main panjang mukadimahnya mira ! nak cakap pasal susu Anlene je pun. haha. 




Maka, rasanya.. double thumbs up ! haha. Untuk remaja pun boleh minum kan. Dari umur 19 tahun ke 50 tahun. Siapa - siapa yang umur 20an tue, bolehla minum. Saya 19 tahun lagiii.. kahkahkah.. Ada perisa chocolate dengan putih yang fresh tue. Sedaaaap. Try la ! Tapi pek yang 700gram pun RM22 plus plus. Mak aih, tak ke muraah sangat tue. Haha.. yang 1KG pun RM30 plus plus.. murah nyer la sangat. Haha. kira conclusion nya di sini, beli susu ini bila ayah dah keluarkan wallet nak bayar, terus letak susu nie atas kaunter dengan muka tak bersalah. Bila cashier tue dah scan, korang buatla senyuman yang paling manis even muka ayah korang masa tue dah nak terkeluar biji mata sebab harga dia agak - agak boleh menyakitkan mata. kahkah.. Try la weyh ! :D


0 biji dragon ball:

Post a Comment