Friday, November 19, 2010

Adik berjaya, kakak tumpang sekaki. :D



Sekarang, dah lebih kurang lima hari dah aku duk rumah lepaking, topap balik tido semua, dan kemas barang. Rupanya baru aku sedar barang aku banyak rupanya. (=.=") selama nie orang tegur aku rasa macam barang aku tak banyak. ahaks! Takpe, next sem, final semester, aku akan cuba kurangkan kuantiti barang sebab every sem kalau call ayah nak bagitaw nak kena amik pukul bape semua, mesti ayah tanya 


" barang kakak banyak tak?"


" err.. tak kot.. sikit je. bawak semua taw ayah!"


"Okay.. kalau banyak ayah bawak Hilux kang.."



Nampak? nampak tak kePERLIan di situ? bawak semua, mean, kena bawak semua 7 orang kat umah tue amik aku. Aku suka orang ramai - ramai datang amik aku nie. Macam di sayangi dan di hargai pulak rasa. HAHA. Tapi ayah memang tak penah nak percaya cakap aku. Dia taw barang aku banyak, so dia tak bawak semua. Bila dalam kereta ontheway nak balik KL tue, ayah ikot jalan Gemas. Aku kat dalam kereta dah naek pening nak tido tapi tak dapat. Bukan apa, aku memang susah sikit nak tido dalam kereta nie. Tak selesa. Bagi aku tempat paling selesa nak tido, atas katil je.. HAHA. Aku akan tido bile aku betol - betol mengantuk je. Sebab tue penah dapat award Co-Driver terbaek dari ayah! :D ayah kata, kalau nak drive malam, pas kat kakak. Mata dia tue mata burung hantu. Yang adik aku kata, aku nie demand, mengade nak tido atas katil je. Uwekk.. :P


Malam ahad tue, aku keluarkan laptop je dari kereta (sebab nak update antivirus) barang yang laen aku keluarkan esoknya, on9 kejap then aku tido sampai esoknya.. waahh, nikmat babe! Kalau kat Segamat, mesti aku mimpi bukan - bukan. Bangun tido benda pertama mesti ingat buku! Ehh semalam chapter bape eh? Ape meaning database eh? Laa aku tak study lagi SYDM dengan DDBM la! dan macam - macam lagi. Letih kan jadi student? Sape setuju angkat kaki. Aku rasa macam, waa!! bile nak habis belajar niee... penat sangat. Okay dah dah, turun kan kaki. :)



Then selasa, aku memang dah janji dengan tina nak pegi hari anugerah cemerlang dia. Tina dapat No-3. haha :) Bangga la jugak even dia tak dapat No-1. Dahla pukul 7.30pagi dah kena ada dekat sana. Pukul 7.40 baru nak keluar rumah. Tina dah menangis dah. Yelaa, budak kecik, mane nak reti bab lambat - lambat nie. Lambat hantar pegi sekolah pun menangis. Sampai je sekolah, aku dah rasa macam waaaa.. sekolah rendahku!! HAHA. Dari zaman ayah la sekolah tue dah bukak, ktorang semua memang sekolah rendah kat situ. 6 adik-beradik, semua sekolah dekat tempat yang sama. Ayah pun sama aww..! Kiranya sekolah tue dah berapa abad la kan. Mama je tak, dia sekolah dekat Perak. Bila masuk je sekolah, banyak yang dah berubah. ada 20% je yang tinggal dari zaman aku sekolah dari tahun 1997-2002. Bila jumpa cikgu, punyala bersungguh aku perah otak nak ingat nama cikgu tue, nama cikgu nie. Last - last, aku tanya apit dengan tina jugak. Dah 8 tahun lepas babe, mane aku nak ingat sangat. Aku ingat cikgu yang wat aku dapat A je dalam UPSR. HAHA! kejam kan.. hikhik.. 




Muka baru turun pentas. Owhh, parents dengan penjaga tak boleh pegi depan capture gambar, maka sekolah yang tolong capturekan dan nanti ambik dekat sekolah.





Bulatnya, bulatnya, bulatnya mukaaaa!!!







TAHNIAH QISTINA ALYA. :D



0 biji dragon ball:

Post a Comment