Friday, October 8, 2010

Rasa down gilee

Aku tak taw nak cakap apa. Sedih. Ye, sangat sedih. Dia pergi selama – lamanya. Dah takkan kembali. I miss my mak long.. :(  mira rinduu sangat kat mak long. Dahla lama tak jumpa. Raya pun mira tak mohon maaf lagi. Kita jarang jumpa tapi mira tak penah nak kekok dengan mak long. Mak long baik sangat. Emy sayang sangat dengan mak long. Kalau family mira datang rumah, mesti mak long masak sedap – sedap. Mak long tak penah nak marah – marah. Cakap lembut je. Selalu pesan kat mira suruh belajar rajin – rajin. Last kita jumpa masa tok mak masuk SJMC. Tue pun tak sempat borak panjang sebab mak long nak kena balik seremban. Sekarang.. mira dah tak jumpa mak long lagi. Mak long dah takde. Mak long dah tinggalkan kami semua. Siapa nak masak gulai negeri Sembilan yang sedap tue? Mak long je masak sedap. Raya akan datang, siapa nak teman mira borak – borak kosong? Ya Allah.. rindu sangat kat mak long.


Mira minta maaf tak ikot serta kebumiaan mak long. Mira tahu pun masa emy call mira 3 kali. Masa tue mira dalam kelas. Silent hp. Bile mira call balik emy, tak angkat. Dekat pukul 1 ptg baru emy call mira balik. Dia cakap mak long dah takde. Mak long meninggal around pukul 10 pagi tadi. Speechless. Maaf sebab mira tak dapat balik. Mira ada test esok. Mira tak leh nak skip test, nanti jadual tergendala. Mira hanya mampu sedekahkan al-fatihah dan yassin dari sini. Insya Allah, mira cuti study week nanti mira datang lawat kubur mak long dan sedekahkan al-fatihah. Orang kata meninggal malam jumaat orang nya baik kan? Terlepas seksaan kubur kan? Mak long baaaaikkk sangat. Sangat. Tak penah nak marah – marah. Sentiasa cool. Moga mak long tergolong dalam orang – orang yang beriman dan di sayangi Allah SWT.

Bile orang meninggal kita jangan menanges atau meratapi sangat kan? Mira cuba mak long. Mira cuba. Mira tak nak nanges tapi air mata nie laju je turun bila ingat mak long. Mira nak pegi kubur mak long ! mira nak pegi ! tapi mira ada test. Nie la hikmahnya sebab mira ada test. Kalau tak, mesti mira meraung kat kubur mak long. Kalau masa hari raya tue kita dapat jumpa taklah mira terkilan sangat. Kalau mira sempat call mak long Tanya khabar, mesti mira tak sedih macam nie. Kalau mira sempat dengar suara mak long, mira tak kan rasa down macam nie. Tapi dalam islam takde perkataan kalau. Nie semua takdir. Al-fatihah buat mak long.



Aku taw kau kuat emy. jangan sedih sangat. Kau yang lebih terasa sebab kau anak bongsu. Kau rapat ngan mak kau tapi ingat, orang yang meninggal awal semua Allah SWT sayang.



Hari nie besday una. Hari nie jugak mak long meninggal. Tarikh yang akan sentiasa di ingati hapy besday una.




sumpah rasa down. :((

1 comment:

  1. stiap yg hidup pasti akan pergi...................dan akn tinggalkan kte yg msh hdup ni selama-lamanya...

    ReplyDelete