Saturday, August 28, 2010

Rewang Bubur Lambuk aww!


tempat : Masjid As - Syakirin UiTM Segamat

masa : 3.50 ptg - 9.30 mlm.


ktorg shift petang. shift bungkus bungkus. so yang bab potong - potong bawang semua, shift pagi. takde gambar nak share. ehh,, nie sekali dengan penutup tadarus Al - Quran. :)














































dorang sibuk bungkus, aku sibuk amik gambar. :)













dak - dak Rewang.






kau tengok, 1st berbuka kat masjid, nasi banyak mane aku amik. air sekali 3 cawan, bubur 3 mangkuk. hikhik.. 



Bye, nak tido. penat basuh periuk. haha. *tipu*



Friday, August 27, 2010

kenape ALLAH temukan kita dengan org yang salah ??

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

kau sahabat kau teman..



















" Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati "









RINDUUU KAU SANGAT NIA...


siapa kata segamat mundur !





meh, nie nak tulis besar besar punyer word. aku jumpa 

X5 kat SEGAMAT. 


ulang balik, kat SEGAMAT.

  XC60 pun ada kat SEGAMAT! 


BAPAK AH ! HAHA.








* rasa macam nak kawen dengan orang segamat je lepas jumpa laki laki idaman d atas. haha*

Sunday, August 22, 2010

ayah kena baca entry nie !


first step, pergi dekat Sony website.

kemudian, klik product then pilih interchangeable lens camera.

next, pilih E-mount Camera sebagai pilihan then klik.






E-mount Camera - NEX-3







setelah d pikir pikir kan kembali, nak beli SLR yang harga 3 4 5 ribu tue memang tak mampu. ayah pun mesti pikir 10 kali kalau nak belikan. lagi pun camera tue besar gedabak sangat. nak bawak jalan pun susah. so selepas d godek godek website sony, akhirnya jumpa la e-mount camera NEX3 nie. paling murah. HAHA. RM2000 je. nak ke ayah spend RM2000 tuk benda nie je? heeee.. kena pandai bodek nie. tak sebesar SLR dan senang nak bawa pegi mane mane, doa doa kan termakbul. aminn. pls pls.. korang leh tengok specifications dia kat website sony. dia comel dengan camera 14.2MP. waaaw!








ayah, besday saya dah nak dekat. kalau tak pun, raya pun nak dekat. nanti gambar raya mesti chantek kalau guna camera nie. *bodek bodek*


Jamuan CCT sebelum Ramadhan.


baca balik tajuk. dah basi kan? takpe.. layan je. :)









the student and lecturer.












































Super Junior. maybe. :)














Our Lecturer



macihh pada leen yang membuatkan jamuan nie berjalan lancar walaupun aku kena kutip sampah akhir nyer. heee.. macihh juga pada Sir Kamil yang sporting dan menganjurkan jamuan nie. dan dan.. ribuan terima kasih pada ita ! ha, ita. kalau tak, takde gambar gambar yang korang tengok kat atas nie. :)




tiket bus balik kL dah beli. 2hb babe! sangat awal dari yang d jangka. HAHA.

:)


1st trip. S to S.

salam. ehem ehem.. dah lama tak masuukkan pic bercerita berceloteh pasal life kat segamat, meh sekarang nak cerita pasal segamat pulak. nie masa nak pegi trip ke Shah Alam - UiTM. dats why dia punya tajuk S to S. Segamat to Shah Alam. :)


pagi pagi pukul 8 dah kena kumpul kat admint. semua dak banking pegi so 3 bus yang bawak ktorg g Shah Alam. best? idk. tak taw nak cerita camne, heee..








aloloh.. :) dak dak D2 memang sukaaaa bergambar. 





SIR KAMIL.
Our lecturer for subject CCT - Creative and Critical Thinking.
memang critical thinking kelas dia !





alohh.. nomey nomey gurls banking kelas laen. :)














gambar tak leh nak buat extra-large. gambar pecaaah, 





tengs to ila dan aizat for the photo. macihh.. :)




Sunday, August 15, 2010

PADAT, SESAK, MENYAMPAH !


13 . 08. 2010        HUMAN RESOURCES (HR) TEST (i)                            JUMAAT

14 . 08. 2010        INTERNATIONAL TRADE (IT) TEST (i)                        SABTU

20 . 08. 2010        FINANCIAL ANALYSIS (FA) TEST (i)                          JUMAAT

26.  08. 2010        INFORMATION SYSTEM (IS) TEST (i)                        JUMAAT

29.  08. 2010        BULAN PATRIOTIK – aktiviti kolej                              AHAD

07.  09. 2010        BALIK UMAAAAAAHHH!!! yeayy ~!!                           SELASA

11.  09. 2010        RAYAAAAAAAA. Weee~                                          SABTU
\





Dah terang lagi bersuluh bulan posa tak balik umah. :((

Monday, August 9, 2010

rindu adaam










RINDU ADAM & HUSNA.





: tempe naek 300 darjah celcius. ego tinggi macam menara kLcc. tempe tak reti nak kawal, ego tak reti nak turunkan. damn !! :(

Sunday, August 1, 2010

happy anniversary yang ke-22


eh, salam maklumat la. anniversary mama dengan ayah besok, 2hb. bukan 1 hb. heee~ nie anniversary yang ke-22 tahun. insya Allah berkekalan sampai akhirat. semua dugaan dan cabaran moga d rempuhi bersama. ececehh.. ayat macam orang dah kawen je kaw nie mira. :) owhh ye, mesti ada yang tertanya - tanya, kenapa yang ke-22 sebab along baru 21. dari cerita mama, mama kata before along, ada orang laen. but gugur. so kalau nak d ikotkan, along tue anak no - 2 la, dan caye anak ke-3. heee.. cam tak best je jadi anak yang ke-3. hikhik.. tapi dia lelaki ke perempuan eh? kalau perempuan, yeayy !! ada kakak. :pp tapi kalau lelaki, 2 abang sioot. mcm best je.. :) okay next, meh scroll ke bawah lagi




dengan along masa kecik. btw, dalam banyak banyak orang, mesti jeles dengan along sebab otak dia pandai. masa sek dulu selalu dapat no satu hingga no tiga. kaw mira? bawah no 10 cukup la. haha. penah dapat anugerah pelajar cemerlang. sumpah aku jeles dengan kaw long. kaw tak payah nak study Bi sebab kaw dengar lagu je kaw dah terror Bi. aku nie nama je masuk U, tapi grammar pun tunggang terbalik lagi. kaw leh speaking dengan yakin nyer, aku? waa takotnyer nak speaking depan orang. dulu rapat GILE dengan kaw. kaw selalu cerita kaw couple dengan sape, perempuan mane yang nak tackle kaw. kalau aku pegi kenduri ke ape, mesti kaw ikot jugak. kalau tak, haramla kaw nak ikot kalau aku takde. kalau g jejalan, kita selalu jalan berdua. sampai orang leh pikir couple. kaw suka bajet poyo depan aku supaya aku leh jerit kat telinge kaw kata " poyo nak mampos kaw !" haha. tapi masa sek menengah, yelaa jiwa remaja. mesti aku gado dengan kaw. sampai sekarang aku ingat yang aku gado besar dengan kaw pasal air soya. aku beli then aku letak kat peti ais sebab nak sejukkan air, bile aku nak minum, aku tengok dah takde. aku taw kaw minum. sumpah aku menyirap gile ngan kaw masa tue. sebab air soya je. haha. 

nie dah bso, aku skew bile kaw bagi aku duit. HAHA. sape tak suka kan. aku akan ingat sampai bile bile masa kaw masuk bilik aku bg RM100 sebagai belanja. masa tue sumpah aku terkejut. apehal baek sangat abang aku nie. hikhik.. tapi orang dah bagi, amik je la. heee. tapi kaw sangat kedekut bab kereta. aku nak pinjam kaw tak bagi tapi kaw tak taw ayah yang selalu suruh aku alehkan kereta kaw dari depan ke belakang bile kaw block kereta ayah atau mama. kaw tak taw, masa mula mula kaw g kursus yang seminggu tue, aku la orang yang menjahanam kan kereta kaw. haha. bukan bawak pergi excident la, aku bawak g jejalan je. bile aku taw kaw nak balik, aku basuh kereta kaw kilat cam kaw selalu basuh tapi aku taw, kaw dapat kesan sape yang guna kreta masa kaw takde. heee. dan aku amat terharu bile aku bagitaw kaw yang takde sape nak amik aku kat segamat sebab ayah ada meeting. mama penat nak drive jejauh. kaw cakap kaw nak amik aku. eii.. sukanya saya. haha. tapi akhirnya ayah amik jugak sebab ayah kata kaw tak familiar dengan jalan bengkang bengkok segamat tue. takot pape yang terjadi.

dan sekarang, umo kaw dah 21. kne lagi matang ! kumpul duit banyak banyak, beli fairlady peveret kaw tue cepat cepat supaya MyVi SE kaw tue pas kat aku. hikhik.. kaw dah janji kan ! kaw cakap, kalau kaw beli fairlady, aku amik MyVi kaw dengan syarat kaw dah bayar penuh. tak payah aku nak sambung sambung lagi payment tue. then, kaw setuju. yuhuuu~! hari hari aku doa moga kaw dapat beli fairlady. hakhak.









along dan aniq. owhh ye aniq, adik bawah ku. sekarang umo 18 tahun. baru lepas habis giat mara dan now praktikal. kaw sangat kelakar. betol. aku suka lepak dengan kaw even aku dengan kaw kalau marah dua dua tak mau kalah tempe. yang peliknya, dalam adik beradik muka kaw yang laen. sampai masa kecik dulu aku cakap kat kaw yang nurse kat HBKL tue tertukar bayi sebab kaw gelap masa kecik. haha. masa tue kaw nanges la, merajukla. aku dengan along suka bahan kaw kata kaw bayi yang tertukar. haha. masa kecik, aku suka gado dengan kaw. tak penah nak aman. then mama selalu bagi warning kat aku kalau kaco kaw. hanger la for sure. haha. tapi bile dah beso nie, aku makin rapat dengan kaw. kaw kelakar. bile aku tengah sedih ke atau marah, mesti kaw wat kelakar. kaw la penyebab aku gelak menyilai kat umah. hikhik.. kaw la orang yang selalu antar dan amik aku kat LRT. kaw kena lagi tekun dan berdisiplin taw keje ! 

kan kite dah janji bile besar nanti dah deal yang aku wat ape kaw wat ape. aku kata tahun nie kaw bawak ayah dengan mama pegi haji, tahun depan aku pulak. aku kata aku nak belikan ayah dengan mama kereta dan kaw janji nak besarkan rumah nie lagi. sekarang ada 5 bilik so nanti kaw kata kalau ada yang dah kawen nanti, semua ada bilik sendiri. kaw nak + lagi 3 bilik kan. aku kata aku nak wat porch kereta banyak banyak sebab kaw kata setiap adik bradik at least kne ada 2 kereta. kita ada 6 beradik so aku kne wat 12 porch kereta ! haha. dan make sure kita tak beli kereta yang same. heee. ayah kata ayah teringin nak pakai merc, so aku belikan ayah merc kaw belikan ayah Harley Davidson. haha. betol la gempak. heee.. moga menjadi kenyataan. amin. :)





sadiq. heee. dulu aku suka gado dengan kaw sebab kaw manja nak mampos ! mama dengan ayah aim kaw yang last tapi ada lagi dua bawah kaw. along, mama dengan ayah panggil kaw adik tapi aku tak suka sebab aku jeles. nanti kaw manja gile. haha. tapi dalam semua, kaw yang paling rajin tolong aku. kemas umah la, semuala. aku suka kalau kaw yang masak. hikhik.. kaw kira orang kedua la pandai selepas along. aku tak tercalon la sebab aku perempuan. kaw kena belajar rajin rajin. tahun nie PMR. tak payah nak heaven sangat pasal couple couple nie. kalau kaw dah keje, dah masuk U, kaw jumpa lagi banyak orang. kat situ kaw leh buat pilihan. macam aku, kat segamat tue, banyak gile choice tapi aku tak pilih pun sebab aku tak reti. haha. bukan tak reti la tapi cam malas je. belom masanya lagi. :) 


dan aku taw, kaw suka kalau aku balik umah. leh manja manja kan. sebab kaw mane ada kakak laen dah. aku sorang je kakak. then aku sporting. tak kesah kaw couple pun. haha. kaw selalu cerita pasal HR la, ape ntah lagi even aku tak paham tapi aku layan je. aku nak jadi kakak mithali. ecechh.. hee~ tapi aku marah betol satu benda ! kaw baru PMR, asal kaw lagi tinggi dari aku ?! aniq pun same. nampak sangat aku pendek. kentot betol.  





apit dan tina. apit nie sangat keras kepala. kalau dia rasa dia betol, dia je yang betol. nie umo baru 11 tahun tak taw la masa dah besar nanti. harap harap apit tak degil sangat. sekarang pun dah degil ! keje duk depan tv layan ceria je. tak pun ultraman. gilee. tapi ayah kata, apit sayang sangat dekat saya. sebab apit akan banyak bercerita kalau saya balik umah. apit comel. :) suara apit serak serak basah. seksi gitu. heee. kadang kadang dia masuk bilik saya tuk lepak je. borak borak. kalau masa cuti sem dulu, apit selalu mintak sy iron kan baju sekolah agama dia. sedangkan dia leh buat. masa sy nak balik segamat dah, apit kata sape nak gosongkan baju apit. sape nak amikkan apit nasi kalau apit lapo. alolohh.. sedih sangat dengar. bile sy tak balik je, mesti apit call tnye kakak bile nak balik? heee. suka dengar apit cerita sebab apit nie gagap. bile dia tak lepas nak cakap, ktorg gagapkan lagi dia. haha. kadang kadang apit majuk sebab ktorg ejek dia, kadang kadang dia rasa kelakar. heee. apit pun kena belajar rajin rajin. kan kakak dah bagitaw apit ape yang apit kena buat masa besar. kita antar ayah dengan mama setiap tahun pegi haji kan tak pun umrah. ikot turn. tahun nie along, pastue kakak, next aniq, then sadiq pastue apit. okay? :)





tina. haha. aka musuh ketat. ahaks. bukanla.. nie la akibat dah lame jadi anak tunggal perempuan, bila dapat adik perempuan, mula mula excited tapi akhirnya menyirap sebab dia mengada - ngada. haha. dia la teman satu katil, dia yang akan ku kerah suruh kemas bilik, akan ku bebel kan. haha. sekarang dah darjah 3. umo pun dah 9 tahun. owhh je, jarak umo kami adalah 11 tahun so agak lame la jugak. dulu heaven gile sebab jadi anak tunggal perempuan tapi sejak ada tina, susah sikit nak dapat ape yang nak. haha. tina nie baek. tapi kadang kadang mengada ngada. cam biasa la, perempuan. :)







kami dah beso. :)

from left : Muhammad Wafiq, Muhammad Haziq (along), Muhammad Aniq, Muhammad Sadiq
depan : Amirah Syafiqah, Qistina Alya



owhh, kami la anak anak kesayangan En Jamaluddin dan Pn Aminah. :) mama penah cerita, mama jumpa ayah kat johor. masa mama keje dekat sana. dan sekarang, saya study kat johor. mungkin kah saya akan bertemu jodoh d johor juga? teett~! haha. tak taw la. kalau perasan nama kami adik beradik mesti ada huruf Q. kan kan.. :)






hapy anniversary. 







we're hapy family at homee.

:)