Saturday, July 24, 2010

mari bertumbuk. dushh !

kakak, ayah panggil makan satay. dari depan laptop terus lompat pegi depan tuk makan satay. sedangkan dia dah makan dekan 10 cucuk tadi. kat depan, syok je tengok apit lending baring depan tv sambil tak pakai baju, aircond yang sejuk berlumba lumba masuk kat ruang ketiak dia. sambil goyang kaki tengok astro ceria. dan aku apa lagi, teros terkam apit yang tengah lending.





  " kakak !!! sakit la ". 






HAHA. peduli ape. nie la masa nak manja manja dengan adik. dah balik johor nak manja dengan sape pulakkan. then apit balas balik.sekali dia tumbuk, sakit woo.. gile ! tangan lelaki gagah perkasa. HAHA. tue tak ajak aniq wrestling lagi. heeee. maka, setiap yang berlaku kena ada pembalasan. balas balik. yeayy ! pastue apit kata,






" kite wrestling nak tak kak? apit nak jadi johnshina. "





 (?) sape johnshina.





" kakak nak jadi ape? "





 adoii.. aku mane taw nama nama yang maen wrestling nie. bantai je la. 





" kakak nak jadi KAKA. "





 dari dapur dengar aniq jerit 





" woii, tue bola sepak la bongok " 






HAHA. mane aku nak taw nama orang yang wrestling nie. then apit suruh jadi ape ntah. maka jadila 5 minit. lepas puas bertumbuk dengan ayah dan mama langsung tak kata ape anak perempuan bertumbuk kat ruang tamu, terus masuk bilik sebab apit nak panjangkan "sesi " bertumbuk tue lagi. tak boleh. mau lebam badan kalau dengan dia. aktiviti macam nie la yang membuatkan rasa berat hati nak balik johor besok. :|




rasa cinta hadir ♥


terasa sejak dua minggu yang lalu

before nie kalau jumpa atau terjumpa, rasa cam takde perasaan je

tapi maybe sudah di tiupkan rasa cinta kepada dia.

maka, kalau boleh nak jumpa hari hari.

seronok kan !

:)









special tue - VOLVO 

♥ ♥ ♥




( rasa cam nak gelak guling guling jatuh dari tangga batu caves je sekarang nie. )

1st album - SEM 5
















Dayah    Nadia






anis



















Zamrudian















Shima & Twin












<3







classmate 









Cik Azira :)





Hari diet SEDUNIA. 

haha














♥ ♥ ♥ Zamrud
























































Saturday, July 17, 2010

bebas. freedom. :)


mama, ayah

....



nak balik

....



:(




rindu kat korang weyh ----> siblingz.




hey ! dah takde zina hati dah. serius ! sejak sem 2, akhirnya sem 5 nie, barula aku boleh ngaku kaw sebagai kawan. alhamdulillah.. berjaya ! hoho. 




ye, kita kawan. :)  even kawan kawan sekeliling tak caye aku leh lupakan kaw cengitu je. aku pun tak caye weyh. HAHA. wat to do, may be DIA yang banyak bantu. dah banyak dosa aku tanggung dengan zina hati. baek aku lupakan terus. rite? 





meh, batin menjerit :



aku gumbira sangaaaatt aku dah leh anggap kaw kawan !



macih, alhamdulillah..



:)








hello kaw ! kena masuk kelas civik macam mane nak hormat senior. 

Sunday, July 11, 2010

twilight - shah alam

xtually, dah boleh balik umah khamis petang dah. tapi d sebabkan ada kelas hari jumaat pukul 10pg, tunggu la jap. tapi ! kelas batal ! marah tak? mestilah marah ! grr~ dahla jumaat tue sampai umah malam. around 9. yang LRT wat hal pulak. memang la. menguji kesabaran betol. baru seminggu start kelas, dah busy dah. dengan mind map, dengan create website dengan advertisement, dengan BOP nyer, dengan HR, ishh.. semua ada keje la senang cerita! okay dah, drop the subject. balik umah pun ada niat. nak amik buku dengan tengok twilight. HAHA. yana dah janji nak tengok same same. yang enn pun nak tengok same same. so decide la jumpa both nie. tapi tak jumpa yana pun, dia lambat. so kuar dengan enn je. tak sangka jumpa kaw kat TS mariam. HAHA.







dahla sampai TS terus kejar pegi GSC, sekali sampai, panjaaaaaaang gileee weyh que! leh bayangkan tak bape harkat word panjaaaaaaaang tue. so maknanya panjang la kena beratur. huhu.. dahla kaunter tue dah wat annouce yang tiket pukul 11.50 dengan 2.50 dah nak habis. tinggal yang seat depan je. weyh! tolongla kecian. orang balik dari johor nie semata mata twilight. pls pls.. d sebabkan tiket 11.50 dengan 2.50ptg dah tinggal nyawa nyawa ikan, nak tak nak kena la amik tiket pukul 4.50ptg. waa! lambatnya. mind map tak siap ag. huh ! bile turn kitaorang, kaunter reservation tue tiba tiba bukak tuk public. dia panggil kitaorang. bile pegi, ktorg just bertanya, tiket 11.50 ada lagi tak? mane taw ada rezeki dapat awal walaupun kaunter dah annouce seat dah sold out. sekali weyh ! HAHA. betol la. doa makbul. cik kaunter tue kata, ada tiket yang reserve tapi tak jadi amik so amikla tiket tue. seat strategic tue! HAHA. memang terus setuju la masa tue jugak. HAHA. macih la siapa yang tak amik tiket reserve tue. rezeki kami. heee.. :) pas bayar semua, rasa cam nak jerit je dapat tiket pukul 11.50. jam dah pukul 11.40. hapyy gilee! kata tiket dah sold out pukul 11.50 dengan 2.50 tapi rezeki. heee.. dah habis nonton semua, enn dengan acap teman pegi jalan TAR. nak taw beli ape? .....









novel twilight ! HAHA.





tapi in BM la. dalam Bi ntah kurun ke berapa nak habis. huhu.. boleh baca tapi take time la. :) habis RM70. HAHA. memang mampos kena marah balik karang nanti. excited weyh! dah jumpa novel nie masa kuar dengan yana pegi jalan TAR dah tapi takmau bajet lari so tak beli la. sekarang dah beli. heee.. enn kata geli je tajuk SENJAKALA. haha. agaklaa.. :) sampai umah around 5ptg. wee~ awalnyer. heee.. mama kata nak pergi umah pak lil kat shah alam. okayla, jom pergi shah alam.




kaw tengok ape kat tangan tue. 
HAHA.








sadiq. ♥








berlakon. HAHA. mane la reti nak maen.
p/s : zani, aku cilok gitar ko jap. 
:)




okay, kejap lagi bus pukul 5.30ptg nak balik segamat. again. huh.. next week takleh balik. ada aktiviti kolej. :(  maka, blog akan d update setiap kali balik umah. heee.. tc babe.. salam~ ♥



SUTAS alumni




pls pls pls.
pray for me..
nak pegi sangat sangat.
acara gempak nie. baru 1st buat.
takot sangat kalau 23hb tue ada hal.
nak jumpa cikgu, nak jumpa senior, nak jumpa kawan kawan.
pray for me pls..


pls..


Saturday, July 10, 2010

Kebahagian dalam perpisahan


Ececeehh.. mentang mentang lagu tue tengah hot, kaw buat tajuk ye mira ! heee..  ada makna sebenarnya. Sepanjang jadi senior dalam jangka masa baru seminggu nie, macam – macam rasa. Mula – mula masa masuk bilik, tarahal la. Semua sure cuak nyer duk dengan senior. Cakap sopan. Nak buat ape je mintak permission dulu. Macam kelakar pulak. Heee.. tapi jujur cakap, much better jadi junior dari senior. Junior junior dalam bilik nie cakap, “k’mira nie garang la..” heee. Ye kot. Maafla adik adik ye. Duduk sebilik dengan komander, hari hari kena bahan. Bak kata nad, “ aku kena lebih berdisiplin la kawan dengan kau mira” cis ! aku bukan komander la. Junior bilik aku. Adoii.. dorang kata, pandai UPK tentukan bilik kaw mira. Kaw pun dah macam komander.  Kentot betol. Debik mau? Tapi jadi senior, kalau salah tunjuk ajar, dorang yang adik adik pun salah. Kita mesti nak jadi contoh yang baek kan.




Dalam bilik nie – Z013D, woaaa… dapat grand floor balik. Heee. Dahla semester nie bulan puasa, memang bersyukur la. Heee.. ada 4 orang. 3 junior dah sorang senior. Seorang dak pra-dip dan dua lagi dak part 3.  Bile masuk bilik yang semua junior nie, rasa cam laen sebab selama nie roommate semua senior atau sebaya. Sejak part 1 lagi. Sem 5 baru dapat junior.  What to do, hanya mampu menerima tapi tue la.. tak nak jadi junior. :( teringat pulak masa pertama kali jejak kaki kat block belakang, memang rasa hampa gile. Mula mula masuk Z006D dulu, jumpa k’ada. Biasa la mula mula, diam je. Mulut yang before nie tak reti nak stop cakap automatic terus senyap bile masuk bilik semua senior. Dahla semester dua macam ape ntah. Sengal je. Amaran keras kepada zamrudian especially yang berani bukak cerita masa part 2, siap ! aku tolong tempah ICU seminggu direct untuk korang okay! :) Tapi betol la, don’t judge a book by its cover.





Bile dah habis semester 2 nak naek semester 3, rasa hargai sangat moment yang ada kat semester 2. k’ada baek sangat. Dia la kakak pertama yang kenal dalam bilik tue masa tue. Teringat masa k’ada mintak no tel, boleh pulak jawab dengan soalan balik “ k’ada nak buat ape no tel mira? “ adushh.. sian kat k’ada. Nasib baek k’ada sabar. Dia kata papehal karang senang contact. Teringat yang borak dua orang je sampai pukul 3 pagi dekat meja study. Macam macam borak. Rindu sangat masa tue. :( teringat masa mira ajar k’ada MGT162 masa tue. K’ada kan tak suka membaca, mira ajar mane yang mira paham je. Kita hafal same same even masa tue mira ada test marketing besok nyer. Teringat masa k’ada mintak mira jaga kereta dia masa k’ada balik kg – muar. Jaga sehari je, just terima duit dengan kunci dan catat pukul berapa orang tue amik semua. Free free je mira dapat topap RM5 masa tue. K’ada jual topap jugak masa tue. Heee..





Teringat jugak yang selama semester 2, mira terjaga subuh sebab vibrate hp k’ada. Abang izwan call kejut untuk bangun subuh. Abang izwan kejut subuh, tapi mira yang bangun. K’ada pulak, kata “ kalau mira terjaga subuh, kejut akak sekali eh. Mira kan takleh dengar bunyik pape masa tido. Mesti cepat bangun. “ cis ! kakak yang betol betol amik kesempatan. Heee.. tapi k’ada selalu jeles sebab mira dapat balik every week kan ! umah k’ada jauh. Tapi takpew, k’ada dah sem 5 masa tue. Dah tak kesah kan bab bab balik nie. :) rindu sangat dengan k’ada. Teringat jugak masa kita buat clearance dengan k’wana. Kita berus kapet, kita bilas kapet, maen maen air dalam toilet sampai basah lencun. Rindu sangat kat k’ada. :(  



sekarang k’ada continue degree kat Kelantan. Dari QS ke pure math tak silap. Jumpa pun jarang. Dan baru semalam mira cakap cakap dalam hati, “ rindu nyer k’ada.. “ last last tadi masa k’iqa datang bilik nak tompang semayang, k’iqa cakap k’ada tgh on the way datang segamat. Mak aishh !! k’ada nak datang babe ! Makbul doa. Excited sangat nak jumpa k’ada. Then bile lepak lepak sampai terlajak masa nak dating dengan abang izwan. Abang izwan sambung degree kat segamat. Continue Islamic banking. Janji dengan abang izwan pukul 2ptg, tapi k’ada gerak dari bilik mira dekat pukul 3.30ptg. dah merajuk habis dah abang izwan. HAHA. Comel je couple gaduh gaduh nie. Heee.. . Mira rasa cam k’ada dah kurus sikit tapi k’wana dengan k’iqa kata k’ada gemok ckit. Cian k’ada. HAHA. K’ada pun kata, abang izwan kata k’ada dah gemok. Heee.. mesti k’ada sedih kan. Tapi takpew la k’ada, kalau betol dia sayang kita, mesti dia terima either gemok kew, kurus kew, pendek kew, kurus kew, hitam kew, putih kew, janji hati baek.




Next sem, mira dah nak habis dip dah k’ada. Doa doa kan mira dapat continue degree ye. Amin. Tadi mira cari gambar k’ada dalam external tapi takde. :( yang ada pun gambar yang tak lepas kalau nak share. So mira curik kat facebook k’ada. Heee.. maaf ye. Hope ikatan senior – junior kita tak kan terputus ye. Dah kawen nanti ajak. Mira sanggup datang perak hanya untuk k’ada. Kalau ada rezeki, mira datang Kelantan lawat k’ada. K’ada datangla segamat selalu, kata PT dak degree banyak. HAHA. Nnt kita jumpa lagi ye. Rindu k’ada. Kalau k’iqa tak dapat continue degree kat segamat, mesti mira pun rindu dia. Next sem, k’wana dah takde. Mesti k’wana sambung degree kat puncak. Jauh. :( tak taw nak buli senior yang mane lagi. tak pelah, kena ada perpisahan untuk kejar cita cita. Rite? Kira korang la senior yang THE BEST yang penah ada dalam hidup mira selain senior kat FC6. Friendship never ends. 





k'ada.


:)