Saturday, June 19, 2010

km/h ;))


okay okay, excited nak cerita nie. hee. eh cop cop, sy br je sampai kul 10.15 tadi dr t'ganu. nnt sy update pic semua eh tapi nak cerita pasal nie dulu. heee. dulu, masa nak balik kL dari t'ganu jugak, ayah suruh drive. dia penat. so tukarla. pabila d keheningan malam yang sejuk dan highway yang kosong, fuhh ! sedap drift nie. hoho. maka, selepas je tukar seat ngan ayah, mula la bwk kreta dengan penuh tekun tangan 3-9, seat tegak, side mirror semua complete perfect. ayah usha tue, kena wat betol betol. heee. pastue, 10 minit berlalu, Amirah Syafiqah drive dengan 100km/h sahaje. mata dah ngantok weyh.. gilee lambat tapi ayah usha kenala control.



kemudian, pabila menjeling ke belakang, ayah sudah tido. yahoooo!! haha. masa untukkkk.. hoho. best je. dahla takde orang, highway clear gile. pastue ape lagi, semua tido, mula la kaki nie tekan pedal minyak kew 120km/h. okay, tekan lagi. tekan lagi. 30 saat kemudian, naek ke 135km/h. alamak, kat depan ada kereta la, okay mira, tekan minyak lagi. tekan. meter dah naek. dah nak potong kereta depan dah. zoomm !! okay, satu kereta dah settle. drive lagi dgn kelajuan yang sama. dah tak pandang dah line kiri kew ape. berlagak gile sampai line kanan tue control sorang. hoho. ;))

okay, next kat depan ada honda civic. fulamak, gile laju kereta nie. okay mira, mulakan misi. sebelum tue dah jeling belakang, ayah tido. fuhh, selamat. tekan minyak mira, tekan. akhirnya, sudah berada d belakang honda. cis, nie kes sombong punye honda. tak bagi peluang nak potong. okay, guna taktik jahat, follow kereta dengan rapat gile. haha. sumpah tak d galakkan kan. janganla try weyh. :)) finally, kemenangan berpihak padaku pabila honda d hadapan sudah bg signal ke kiri. haha.



teruskan perjalanan. jumpa kereta kat depan, semua d potong. malam la, semua ngantok bwk kereta tp tidak pada ku. mata segar gile. last last pabila dah potong unser, terdengar tingkap kat belakang d turunkan. aiseehh, ayah dah bangunla. meter tak gile plak masa tue. suasana yang selama nie senyap dalam kereta dan hanya radio je berbunyik, tak dengar teros bile ayah bukak tingkap dan hulungkan tangan kat luar. alamak, kantoi sioot bwk laju. ayah dah agak kan dah kelajuan angin. kemudian terdengar,,




" miraaaaaaaaaaa...."





huh, panjangnyer belakang tue. memang matila aku. okay, slow down mira. terus bagi signal ke kiri. heeee. mati weyh. kantoi waktu malam bulan purnama. maka, meter menjadi kendur semula. elok je pas matikan signal ke kiri tue, zoooommm!! waja potong. cis bedebah ! tangan terus hentak steering. kentot kau waja. ayah bersuara :




" dah kenapa nak hentak steering tue. waja potong pon salah?"




heee. okay, masa tuk wat muka comel kat ayah.



" taklah ayah. tangan gatal. huhu"





dalam ati, memang salah waja potong! waja je kotttt! adoii.. hahaha. okay sabar sabar. mata tertumpu kat waja depan tue je ha. kalau ikotkan ati, siapkan kau waja. tapi ayah dah bangun. takleh jadi. fine, bawak dengan kelajuan biasa. 110km/h. 10 saat kemudian, jeling belakang, ayah tengah leka. tekan ag minyak. jeling belakang ag. okay, meter 130km/h. aim sekarang nak potong waja balik. setiap 5 saat, jeling belakang. ayah leka. maka kaki pun leka tekan minyak sampai 140km/h. okay, sikit lagi. tekan minyak lagi, jeling belakang. tekan minyak, jeling belakang. dan akhirnya, waja bagi signal ke kiri. yeaayy!! i'm the winner. terus pecut sampai 150km/h. hoho. sekali jeling belakang, ayah pandang cam nak telan. glupp.. mati la.



" dah puas hati?"



" ape yang puas ati yah?"



" dah potong waja. dah potong semua kereta"



hoho. amik kau ! kena sound masa tue gak. ayah taw plak aim aku. haha




" heee. sesekali je yah. pasnie tak wat dah ;))"




" pas tol karak tukar balik ngan ayah"




haa, kan dah kena. hoho. nak wat cmne. kena menurut perintah. pas je tol karak, masa nak tukar seat tue, cakap kat ayah :



" ayah, minyak tinggal ckit. kne isi"




"memangla tinggal sikit. dah belasah kereta nie cam kereta racing mane tak minyak habis."



hoho. hanya mampu tersenyum dan buat muka comel je. salah sendiri. tue kereta MPV je, yang kau nak belasah cam racing asal mira? heee.



tapi betol la, mane tak tumpahnyer kuah kalo tidak ke nasi kan. ayah bantai bawak tadi dari Dungun kew Karak cam orang gile. laju gile. kitaorg patut sampai around kul 12tghmlm tapi tadi sampai umah kul 10.15. gile tak? fuhh.. saya tak racing ayah, saje lepas gian. heee.

0 biji dragon ball:

Post a Comment